September 27, 2010

OPEN HOUSE - KL


Alahai tersasar la plak nak update Diaries kesayangan aku ni, memang aku sekarang ni betul2 sibuk dan langsung takde masa nak update.Malam ni aku paksa jugak diri aku utk aku publish walau hanya satu entry je.

Selepas Majlis Pertunangan anak buah aku dah selesai dan keluarga pihak lelaki dah pun balik, maka bermula lah Rumah Terbuka utk rakan2 plak.Last minute punya plan nih , hanya sempat sms kepada beberapa org je.lagipun ni aku bukan plan nak buat sangat pun..kebetulan masak lebih dan stock banyak lagi so suami ku terus sms kepada semua rakan2 yg berkesempatan utk datang Beraya dirumah.Yang hadir ni tak sampai separuh lagi yg datang.rumah dah la sempit..tetamu plak ramai..memang riuh rendahlah dibuatnya dalam umah ni..tapi memang seronok..makanan tak tahu berapa kali masak.hehhehe..licin je semuanya..alhamdulillah syukur..seronok buat makan kat umah nih..

Bersila pun bersila lah ye.hehhehhe..rumah ni kerusi tak banyak .hehhehhhe..

walaupun aku agak sibuk tapi aku tetap luangkan masa aku utk beegambar dan kenakan rakan2 yg lain.hehhe..time ni memang kalut dan seronok skali..mai terjah ramai2 dia org ni..hehehhe nasib baiklah semuanya dah disediakan..

Jangan segan2 utk tambah...makan banyak2 bagi kenyang..

Bersama suami tersayang...aku time ni memang cam mandi pun ada gak..berpeluh-peluh dibuatnya, panas yg amat sangat..aircond bukan tak pasang pun...tapi mungkin disebabkan aku dok kehulu hilir tu yg penat semacam tu...

sempat lagi tu....anak sapelah yg suami aku ni dok kacau nampaknya nih.hhehehe..

Amar satu waktu dulu pemain gitar utk Kumpulan Scoin dan Abah..tersenyum je bila tengok kamera...tengok je kamera asyik nak posing je nih.

Makan jgn tak makan..alahai kesiannya kena makan kat bawah.hehhehhe...takpelah makan mana2 pun kan..janji kenyang hehhehe

Suasana kat dapur yg kalut dan mak aku plak memang tak henti2 dok masak kat dapur.permintaan banyak sangat dan memang semuanya licin..fuhhhh memang best..penat pun berbaloi..

makan + borak + makan + borak begitulah seterusnya.ni masih ramai lagi yg takde..kebanyakkannya ada yg balik kampung dan mcm2 hal lagi lah.biasalah ..kita kena faham situasi org lain jugak..

Wah aku nak ada baby plak ko...hurmmm rasanya dalam masa terdekat ni memang tak kot..tapi tak tahulah kalau ada rezeki..berbual-bual bersama dgn kaum ibu..mcm2 cerita yg keluar..yelah dah lama sangat tak jumpa dgn dia org semua.

memang seronok kalau dapat berkumpul mcm ni selalu ye.Insya'allah kalau ada rezeki lagi ingin skali aku buat makan2 lagi kat umah.

Saat2 yg ditunggu oleh kanak2...siap beratur dan ikut giliran gitu..cam YB la plak...YB cakna kepada rakyat dan cakna kepada anak2.

Nak duit Raya kena salam dan cium tangan dulu ye anak2.hehehhhehe..saje je nak mendera pada petang itu.tapi seronoklah bila tengok macam2 gelagat anak2 masa beratur nak ngambik duit raya..

Alahai keciknya..budak kecik mcm ni mana pandai pegang duit dan beli itu ini..ni mesti ayahnya suruh anak dia beratur gak nih.hehhehhee..tapi seronoklah..tak tahu mcm mana nak cakap..coz semuanya ini akan menjadi satu kenangan.

Bersama kakak ipar yg sungguh memahami.Terima kasih Kak Ani kerana sudi datang kerumah utk mengeratkan tali silaturrahim sesama kita...

Mas & Jep..kenyang ko makan sikit tu.pi la tambah lagi..rugi tau kalau mai makan kat umah makan sikit....hehheh...banyak cerita jugaklah yg aku dan suami dok bincangkan dgn Jep Maybank ni..


Hehehheh kalau kat umah KB pun dia dtg bila buat open house dan tak sangka plak kat umah KL nita berjumpa lagi.terima kasih kerana bersusah payah MV datang kerumah bersama keluarga.semoga persahabatan yg baru terjalin ini akan terus kekal selamanya ye.

Next time mai la singgah kat umah lagi ye..blehla kita sembang2 sampai pengsan.Aku kena MV dalam dunia siber yg serba canggih..bermulanya dgn Blogger terus ke FB dan kini kami dah mula kenal mengenali...next time kalau ada buat makan2 kat umah..jemput mai ye..

2 Comments:

Asmara said...

Salam perkenalan kak. Dah lama follow baca diari akak ni. memang best sekali datang rasa nak datang lagi. hihi.. baru kali ni nak tinggalkan jejak. Semoga akk sefamily gembira dan bahagia hingga ke syurga. InsyaAllah.. Amin..

DatinDiaries said...

Asmara: terima kasih akak ucapkan ye kerana sudi menjengah Diaries akak ni.jg jemu2 singgah sini ye.hehe

insya'allah semoga akak sefamily tersu bahagia sama jugak dgn Asmara..