September 26, 2010

MENUJU KE KL...


Sejak dari Malam Raya sehinggalah sekarang aku takde masa utk rehat dan ini adalah hari yg ke tujuh menyambut Hari Raya..ala baru seminggu la nih.tapi hari ni baru je aku ada masa nak coretkan kat Diaries kesayangan aku nih...Dah seminggu rupanya aku takde masa nak rest..ada2 je yg perlu aku buat dan kehulu hilir..kesana kemari....

Hari ni aku ke KL plak..letih yg 6 hari lepas tu pun belum pulih lagi.Ya Allah penat yg amat sangat.esok plak anak buah aku nak bertunang.dan buatnya kat umah aku kat KL..adeii lagilah penat nampaknya..aku ni penat mcm mana sekalipun..sampai je umah..perkara yg aku akan buat dulu ialah kemas rumah..vacum satu umah dan mop satu umah..kalau aku nak harapkan maid aku sorang2 yg buat..mau ke pagi esoklah..so aku tolong jugaklah..aku rasa aku yg terlebih penat dari dia...dahla nak drive dari KB - KL plak..hurmmm

Tapi sebelum tu aku singgah pi kenduri anak buah belah suami aku dulu..kan kalau tak pergi, dikatanya plak aku ni berat sebelah plak kan.yelah kan ada yg cakap aku pentingkan anak buah aku je..sedangkan anak buah suami aku , aku tak hiraukan..so utk pengetahuan semua..apa yg korang2 dok pikirkan tu semuanya salah tau...ha hari ni aku dah buktikan bahawasanya aku buat sama2 berat ok..takde dok senget sebelah.cuma apa yg bleh aku katakan sekarang ni aku dah naik bosan dgn semuanya..dah penat aku buat baik..sabar tapi apa yg aku dapat...so senang cerita ..lebih baik aku buat hal aku sendiri asalkan suami tetap berada disisi aku..memahami aku dan menyokong aku senantiasa..thanxs kerana memahami ye wahai suamiku..

Lepas makan kat kenduri khawin tadi..aku terus blah...malas nak dok lama2..yelah aku pun nak drive kereta jauh lagi nih..nak pi KL..bukan nak pi Gua Musang je.huhuhu..pastu gerenti aku penat..esok nak buat Majlis Pertunangan plak..ni sampai jam berapa pun tak tahulah.kali ni aku dan suami berkonvoi...nasib baik la ada alat komunikasi kat dalam kereta masing2..so takdelah nak mengantok sangat time drive tu.

Terima kasih buat Kak Da ( kakak ipar ) kerana menjemput aku sekeluarga bagi memeriahkan Majlis Perkhawinan anakndanya..dan kerana dia jugalah aku sampai di Majlis itu..apa2 pun Kak Da memang the bestlah selain daripada Kak Ani yg terlalu memahami..

Alahai anak mummy ni asyik makan je kerjanya nih.hehhe..aku singgah kat Petronas Kuala Krai jap..nak singgah tukar baju dan isi minyak dulu..yelah tak kanla aku nak drive dari KB -KL pakai baju kurung je..mesti panas..tukar pakai TShirt baru selesa sikit.


Orite dah siap..sekarang ni tgh tunggu suami isi minyak dulu...aku dah settle dgn TShirt merah menyala ku ini..barulah selesa sikit nak drive..ni pakai baju kurung..panas wooo...

Semoga perjalananku sekeluarga dilingdungi oleh yg maha kuasa....Amin..

0 Comments: