September 14, 2010

MAKAN COLEK....


Ni entry beberapa hari yg lepas ...cuma malam ni je aku sempat nak buat karangan seberapa ringkas pada malam ni.kalau tak silap aku ni 2 hari sebelum nak Raya.Lepas je dengar pengumuman daripada penyimpan mohor besar Raja2...terus aku dan suami keluar pi makan colek jap.

Nak citer pasal Penyimpan Mohor Besar jap ( sorry ekss lari tajuk jap..) aku ingat lagi dari masa aku budak lagi yg tukang penyampai mohor besar tu adalah org sama..punyalah lama ye..dan hanya setahun 2 kali je dia akan keluar TV..dan bila saat dia nak keluar tu semua Rakyat Malaysia akan gerenti dok depan TV...memang wajib kena tengok.hehhehe..dan yg paling aku seronok skali pasal Penyimpan Mohor Besar ni ialah pasal cara penyampaiannya..dari aku zaman budak2 lagi sampailah sekarang ..aku akan ikut cara dia bercakap bila masa nak umumkan Raya atau Puasa...coz aku tunggu lama sangat beliau nak sebut..dan aku plak yg lebih2 dok sebut hari dan tarikhnya...adeiiii time tu memang suspen giler lah...slow je dia nak cakap..adeiii..lepas dia cakap je..terus lega....hurmmm....( ok dah habis...)


Nampaknya Rohani Restoran menjadi pilihanku skali lagi..tapi nampaknya rezeki aku ..suami dan rakan2ku yg lain takde plak.apa yg ingin sangat aku makan malam tu takde...so kami hanya makan jelah apa yg ada...


Jom kita pakat2 makan apa yg ada jelah..penuh almari colek kat sini..bleh habis.hurmmmm ramai betul org kat sini..ni kira last la utk makan colek bulan puasa bagi tahun ini..tu pasal la habis licin blako weh.

Bersama dgn suami tersayang.

Zietie bersama dgn suaminya..selalunya aku kalau keluar pun mesti bila ada suami je..kalau suami takde..memang aku tak keluar...hanya dok kat rumah jelah.tapi kalau keluar pun ..dgn mereka2 inilah aku selalu keluar.hehhehe..

habis licin colek...dan aku beli bungkus utk mak tersayang kat rumah tu..coz tadi masa aku nak turun aku terdengar mak aku cakap..kalau dapat makan nenas best nih...asal makan je..mesti aku akan bawak balik utk mak dan anak2..cuma utk anak2 aku tak galakkan sangat makan masam2 nih.sekali sekala oklah..

alahai keciknya kawan aku nih.hehhehhee..tapi aku tak nak kecik mcm ni..aku nak besar sikit dan kecik dari badan aku sekarang la.hahhahhahahhaha..

Ni apahal plak nak cucuk bijik mata cam Kasim Selamat nih plak..ni mesti kes tak nak tgk isteri ambik gambar lagi nih.muahahahhahaha....


Selesai bab makan colek tadi..aku dan rakan aku terus bergegas ke rumah salah sorang rakan aku kat Istana Mahkota...nak pi beli biskut Raya..kawan aku yg nak beli..so aku hanya tukang bawak dan tunjukkan jalan yg benar jelah.bila dah settle segala hal kat sana aku dan suami terus balik...dan isikan duit Raya dalam sampul Raya ni ha..senang buat je terus bila masa tgh free nih...kan esok mestilah aku bz bagai nak rak plak..yelah nak buat persiapan Raya plak nanti..

Raya aku tahun ni hanyalah ala kadar je..buat hanya setakat yg termampu saja..aku memang selalu buat open house pada Hari Raya Pertama je..dari dulu sampailah sekarang...tapi kadang2 tu seminggu berturut-turut pun ada jugak tetamu yg datang...aku memang suka kalau org datang umah nih..penat pun takpe..janji puas dan seronok...

Lusa dah nak Raya....apa2 pun dikesempatan ini ingin skali aku memohon ampun dan maaf diatas segala kesilapan aku sebelum ini kepada individu tertentu...salah dan silap mohon diampun...dan halalkan segala apa yg termakan dan terminum sebelum ini...semoga hidup kita terus diberkati selamanya dan yg penting jangan lupa tanggungjawab utk bersua muka dengan insan2 yg kita rasa kita sayang.....semoga hidup kita semua diberkati...Aminnn....

0 Comments: