August 17, 2010

SURAT LAGIKS...


Dalam setahun memang aku tak tahu berapa kali anak2 aku akan buat surat atau kad utk ku bagi meraikan Hari Ibu.hehhhe..kekadang tu setiap hari dibuatnya kad utk aku.dalam kad atau kertas tu mcm2 lah dia org akan luahkan perasaan dia org.

Kadang2 tu kalau aku dok dalam bilik dan pintu bilik terkunci ..dia org letak bawah pintu bilik la..konon2nya bila aku bangun , aku tengok ..wah ada surat....kira cam Surprise gak lah ni agaknya dia org ye.Tapi aku memang suka baca setiap apa yg anak2 aku tulis..kerana melalui tulisan lah aku dapat memahami dia org..kalau dia org tak suka aku marah2 ke..atau sebagainya..dia org akan luahkan dalam surat lah.hurmmmmm...pasti dalam 1 minggu memang gerenti aku akan dapat surat dari mereka.


Dan ini adalah surat dari Kakak utk aku sempena Hari Ibu yg tak tahu keberapa kalinya..dalam surat ini tertulis...



" Ibuku, Semua orang mempunyai ibu, begitu juga saya.Ibu saya cantik, ibu saya baik hati dan penyanyang.Ibu sentiasa menjaga kami dengan penuh kasih sayang.Ibu mendorong saya supaya menjadi orang yg pandai, berdudi ( berbudi ) bahasa dan berjaya dalam pelajaran.Ibu berpesan.." Belajarlah bersungguh-sungguh dan dengar nasihat orang yg lebih tua.Saya akan mengikut nasihat ibu..."


Hurmmm panjang lebar gakla coretannya kali ini..hurmmmm 5 minit selepas surat ini dibaca..keadaan kembali kepada normal..di mana aku kena terpekik melolong la plak.hehehhehe...adeiiii..3 org anak 3 mcm perangai....sabar jelah..apa2 pun anak adalah harta..nyawa dan anugerah yg paling berharga untuk aku...

0 Comments: