August 24, 2010

SOLAT TERAWIH..


Hari ni tukar ke Masjid Muhammadi plak.hurmmmmm anak2 hanya separuh jalan je yg sempat ikut dan yg lain2 dia org dah pengsan.kat Masjid Muhammadi ni memang lama ....dibuatnya penuh..aku hanya tinggal 1 je..yg lain2 aku habiskan..penat memang penat tapi setahun skali je kan..tak kanlah tak bleh nak buat.lagipun bulan Ramadhan ni bulan yg mulia..apa kata kita cuba hayatinya betul2 dan penuhinya dengan melakukan perkara2 yg baik2 belaka.


Pada mulanya org ( kaum pompuan la ) agak ramai..masuk je ke 8 terus hilang beberapa barisan kat hadapan nih.hehhehhe...tapi aku dan mak masih bersemangat nak habiskan semua skali.bukannya selalu kan..bila dah dapat mcm ni..kena lakukan betul2..

Lepas je solat Terawih kat sini..aku terpandang kat sekumpulan kaum2 perempuan tengah makan makanan ringan yg dihidangkan oleh pihak Masjid..aku teringin sangat nak mencubanya dan ini adalah kali pertama dalam diri ku makan makanan yg disediakan ..nak jugak merasa duduk bersama dengan yg lain2...tengok gelagat manusia..dan dapat juga aku mendekati mereka..iaitu makcik2 yg tidur di Masjid..dan adalah sorang dua yg aku sempat bertanya khabar dan tanya soalan2 sikit..dari situ secara automatik kita akan berfikir tentang diri kita betapa bertuahnya diri kita ni..dan betapa bertuahnya diri aku yg masih sihat dan masih lagi diberikan rezeki olehnya...bersyukur sangat2..

Aku ajak anak2 untuk makan sama2..pada mulanya anak2 aku tak nak makan...tapi aku bagitau je lebih kurang..terus dia org makan sama2 dgn aku...rasa seronok skali...perkara yg tak pernah dibuat..aku buat...makan bersama-sama org tua2 yg tidur di Masjid dan ada juga beberapa org yg lain juga yg turut makan bersama.

Alamak nampak rambut la...tapi takpe ..dah lepas solat pun..amboi Dik Ya bukan main seronok lagi nampaknya ye.hurmmmm jom kita nikmati sama2 ye..


Kalau kat Kelantan ..ini dipanggil 'serabea'....memang sedap..kalau kat Kelantan ni kebanyakkannya kalau ada kematian memang org2 kat sini suka hidangkan makanan ni.kat mana2 kedai pun ada jugak dijual makanan nih.memang sedap...dah lama aku tak makan..tak ingatla dah berapa tahun lamanya aku tak makan 'serabea ' nih.

Nak pegi makan colek..malas la plak coz dah kenyang..so aku terus balik umah...esok anak2 nak sekolah plak..kesian kat dia org dah mengantok....

0 Comments: