August 12, 2010

NOOR ZAHEERA - PUTERI BONGSU KU


Noor Zaheera adalah puteri bongsuku yg kini sudah pun berumur 5 tahun.dah 2 tahun belajar kar Pra..tahun depan 6 tahun lagi skali masuk Tadika ....aku nak hantar dia kat sekolah cina cam kakak2nya jugak.sekurang-kurangnya banyak tahu bahasa ni senang utk mereka jugak.Tapi kalau aku mempunyai anak lelaki nak sangat aku hantar anak lelaki aku ke sekolah Agama ( Arab )..Kini Dik Ya sudah pandai nak bergaya..alhamdulillah rezeki anak2 aku tetap ada..dengan rezeki yg ada tu lah dapat aku sediakan segala kelengkapan utk anak2 aku termasuklah memberinya pelajaran.Dik Ya tidak seperti kakak2nya..Dik Ya ni aku perhatikan dia, dia suka cantik2...asyik nak melawa jelah..bila di tanya..katanya nanti besar nak khawin dgn Tan Sri.huhuhuuh..Tan Sri eksss....kalau nak khawin dgn Tan Sri kena belajar rajin2 biar pandai..pelajaran itu penting ..aku bagitau dia..senak perut aku bila dengar dia cakap mcm tu.huhuh..

Biasalah budak2 tahu cakap je..tapi tak tahu apa2 maksudnya.bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah...bagi yg dah senang tu jgn dilupakan kepada yg susah dan bagi yg susahnya plak berusahalah utk menjadi senang.begitulah adat hidup didunia nih.cuma aku hanya nasihatkan pada anak2 supaya belajarlah rajin2..biarlah besar nanti akan menjadi org yg disegani dan berjaya.Aku betul2 risau..bila fikirkan mcm manalah agaknya nasib anak2 ku nanti.sesungguhnya aku ini sememangnya tidak sanggup utk melihat anak2 aku hidup susah.


Anak bongsuku selalu saja sakit2...iaitu demam2...kejap demam ..kejap ok..mcm tulah selalunya.mungkin dia merindui seseorang yg dah lama tak kunjung tiba.menunggu dari sehari ke sehari seseorang yg tercalit namanya di atas nama anak ku..tidak rindukah kepada anak2.hanya ALLAH sahaja yg mengetahui jawapannya.apa2 pun aku berjanji yg aku akan tetap menjaga anak2..kerana bagi aku anak2 adalah harta yg tak ternilai dan juga nyawa aku.tanpa anak2 disisi aku ..maka hancurlah hidup aku.seseungguhnya aku tidak akan membiarkan anak2 aku hidup susah sepertimana yg pernah aku lalui dahulu maupun saat ini.

Noor Zaheera adalah permata hati mummy yg tak ternilai ...sesungguhnya aku bermohon agar aku diberikan kekuatan utk terus menghadapi apa saja dugaan hidup ini .aku juga mengharapkan agar satu hari nanti aku diberikan kekuatan utk aku menuntut keadilan buat anak2 ku..insya'allah......semoga ALLAH permudahkanlah segala jalan menuju kearahnya..dan berikanlah rezeki kepada ku utk aku terus membesarkan anak2...Amin..

0 Comments: