August 20, 2010

BERSAMA DIK YA..


Hari ni bertudung kuning .Hari ni ada beberapa tempat yg nak aku singgah..tapi semuanya adalah kerja mak aku la..aku hanya driver dia je.hari ni aku keluar awal sikit...nak pi ambik anak2 sekolah jap..Dik Ya tak pegi sekolah coz dia masih lagi demam.kesian plak kat Dik Ya..coz asyik demam je..lepas habis ubat ni kalau tak sembuh gak lagi memang aku nak bawak ke Hospital je.dah 2 x pegi Klinik tapi masih lagi demam2..kejap dan kembali normal dan lepas tu demam plak..mcm tulah keadaannya..dan badannya plak nampak dah semakin susut..kesian betul kat anak bongsu aku nih..

Dalam perjalanan nak balik ke rumah , kakak aku call dan bagitau yg anak buah aku dah nak bersalin..sekarang ada kat Hospital..pastu aku terus bergegas ke Hospital jap...Hospital Kota Bharu ni almaklumlah semua org tahu pasal nak cari parking memanglah susah sangat..2 kali aku pusing masih jugak tak dapat parking..memag padat betul la...pihak yg berkenaan sepatutnya kena pindahkan Hospital ni ataupun cari altenatif lain ...sediakan parking yg luas supaya senang utk org ramai gak.hurmmmm..nak tak nak aku kena dok dalam kereta lah dengan Dik Ya..

Mak dan anak kembar aku dah turun..cuma tinggal aku dan Dik Ya je yg masih dalam kereta ....aku suruh Dik Ya temankan aku..sunyilah aku nak dok sorang2 dalam kereta ni..kalau ada Dik Ya takdelah aku sunyi sangat.nampak semakin kuruskan Dik Ya..kesian betul kat dia..time ni dia dok main masak2 ni..sempat lagi dalam kereta pun nak main masak2.hhuhuhu..katanya dia tengah masak nasi..tapi nasi tak masak2 lagi utk berbuka puasa katanya.huhuhuhu.

Alahai bersimpuh ayu nampaknya anak dara mummy nih.nasi yg dimasaknya tu masih belum masak2 lagi ni.sementara nak menunggu masak..meh mummy ambik gambar Dik Ya dulu ye.sedih betul mummy tengok Dik Ya yg semakin susut badannya.takpe lepas ni bila dah betul2 sihat bolehlah makan banyak2 ye..

Dik Ya memang suka dan selalu sangat nak usik aku..kalau dia nampak je aku nak bergambar mesti dia akan mencelah...nak jugak ada muka dia kat dalam gambar2 aku nih.hehhehhe...apasal muka aku serius sangat time ni..mungkin tengah bengang coz susah nak dapatkan parking kot.hehhehe

Sayang anak mummy...anak adalah anugerah yg sangat berharga untuk aku..sesungguhnya aku sanggup lakukan apa saja utk anak2 aku.muahhhhh sayang sangat2...

keciknya mulut Dik Ya weh..mummy kekoh keh...adeiiii geram weh...hhehehhee..anak beranak yg sedang melayan gambar..dimana masing2 tengah kebosanan yg amat sangat sementara menunggu parking..

Suka sangat kat gambar nih..pandai jugak Dik Ya posing selamba rock je nih...dia layan je apa yg aku buat kat dia..pastu dok gelak2 plak..hehheh..mcm2 betul..mana kening Dik Ya nih..kenapa la tak lebat dan hitam cam kening anak kembar aku iaitu kakak2nya.huhuhuh..


hehhehhehehe..gambar yg paling aku dan Dik Ya suka....time nih aku geram sangat nak gigit hidung dia..hidung kami sama2 mancung kan,hehhehhee..lebih kurang je bila aku tgk dari pandangan sisi diantara aku dan Dik Ya..cam kembar tua dan muda plak.hehhehhee..dan Dik Ya plak memang nampak cam happy sangat2 time nih....

suka sangat gambar ni..suka tengok anak2 ceria dan gembira.anak2 adalah segalanya bagi aku.Muahhhhhhhh.....sayang kamu semua.....

0 Comments: