August 16, 2010

BEG SEKOLAH..


Sedih plak entry ini..tapi aku ingin skali coretkan di dalam Diaries kehidupanku untuk tatapan diri aku sendiri dan juga utk anak2 aku bila anak2 dah dewasa nanti.kalau aku cerita pasti tidak ada yg mempercayainya..tapi itulah hakikatnya..hidup ini sememangnya penuh dgn dugaan dan juga penuh dengan kejutan.

Pernahkah dalam beg duit anda hanya terdapat RM50..RM1 atau RM10....mungkin tidak pernah kan..tapi bagi aku, aku dah merasainya semua tu ..sama ada dulu..maupun sekarang.aku bukan nak membuka pekong didada..tapi ingin skali aku luahkan disini bahawa ada sesetengah org yg tak mempercayai bila aku katakan aku didalam kesusahan.begitulah kehidupan..kadang2 kita diatas dan kadang2 kita jatuh menjunam ke bawah.itu adalah adat kita hidup didunia ini.

Dah berkali-kali Dik Ya bagitau aku...mummy..mummy...nanti mummy belikan Dik Ya beg sekolah baru ye.dan aku plak menjawab..lorr kan beg sekolah Dik Ya elok lagi mummy tengok..lagipun tahun ni je Dik Ya belajar kat SR..tahun depan dah tak guna beg ni lagi..tak payah nak membazir la beli beg sekolah ya...Dik Ya terus diam membisu tak cakap apa2 pun pada aku lagi.aku ingat bila dia diam tu..bermakna dia faham la apa yg aku katakan..dan aku tersenyum je pada Dik Ya, bagus betul anak mummy ni..dengar cakap mummy, kata ku padanya.

Satu hari Dik Ya bersuara lagi..mummy beli la beg sekolah baru utk Dik Ya...lagi skali aku bagitau dia..lar kan beg sekolah Dik Ya ok lagi..tak payah beli lah membazir...tak baik membazir nanti Allah marah..dia terus diam dan buat hal dia lah.beberapa bulan selepas itu dia bersuara lagi..mummy..mummy belikan Dik Ya beg sekolah baru ye..hurmmmm dan aku pun bagitau dia..kenapa Dik Ya suka cakap benda yg sama ye..kan beg sekolah Dik Ya , mummy tengok masih ok lagi...dia diam je..dan dalam pada masa yg sama dia terus pi ambik beg sekolahnya dan bagitau aku..mummy sebenarnya beg sekolah Dik Ya koyak....dan bahagian dalam beg dah hancur..Dik Ya malu beg sekolah Dik Ya dah koyak, kawan2 Dik Ya semuanya guna beg yg cantik2...ikut mummy la nak beli beg mcm mana...aku terus ambik beg sekolah Dik Ya dan tengok..Ya Allah...beg sekolah anak mummy..kesiannya anak mummy..kenapala Dik Ya tak tunjukkan pada mummy dan bagitau mummy perkara yg sebenar...beg sekolah Dik Ya dah hancur ..tapi bahagian luar memang nampak ok....dia bagitau aku...Dik Ya nak cakap..tapi Dik Ya kesian kat mummy..takut nanti mummy takde duit.....


Sungguh sayu bila aku mendengar anak bongsuku yg berumur 5 tahun berkata demikian.anak2 cukup memahami aku, bila saja aku katakan aku takde duit dia org memang tak akan bersungut nak apa2 pun daripada aku.time Dik Ya minta beg sekolah baru dengan ku...dalam beg aku ada RM50..hurmmm mcm mana mummy nak buat nih....duit takde...pastu mana mana nih...kasihnya aku pada anak aku..aku sanggup bersusah dan jimat apa yg patut dan aku pejamkan mata belikan jugak beg sekolah baru utk Dik Ya..walaupun tak mahal..tapi boleh digantikan dengan yg baru...aku cukup puashati bila tengok Dik Ya kembali ceria...sedangkan aku...lupakan diri aku..pentingkan anak2 dulu...sebab tu lah aku bagitau berulang kali..aku akan pastikan yg anak2 aku tak akan hidup susah..walaupun tak mewah tapi aku akan pastikan yg anak2 aku akan dapat jugak walaupun lambat.

Tengoklah kat bahagian dalam beg sekolah Dik Ya, pandai betul dia menyimpan rahsia...mungkin dia tak tak tahan..tu pasal dia bawak beg sekolah ni dah tunjukkan pada aku...tersentuh hati aku bila aku tengok beg sekolah dia..kesian plak anak mummy...takpe Dik nanti mummy belikan yg baru ye...

hancur bahagian dalam...tapi bahagian luar memang nampak elok....

ni kat bawah beg sekolahnya..memang dah terkoyak rabak nih...mcm mana lah anak aku pegi sekolah bawak beg mcm ni..kesiannya anak mummy..maafkan mummy kerana mummy tak ikut apa yg Dik Ya nak sebelum ni...walaupun yg lain2 semuanya mummy ikut..cuma tang beg sekolah je mummy tak ikut....coz mummy ingat mummy tak nak membazir beli yg baru sedangkan yg lama masih boleh dipakai..rupa2nya bahagian dalaman beg sekolah anak mummy ni dah lama hancur rupanya....kesian anak mummy....

Dik Ya betul2 gembira bila dah dapat beg yg baru ....beg sekolahnya yg lama ..aku terus buang...memang tak tak bleh diguna lagi...coz bahagian bawahnya memang dah terkoyak ...mcm mana la Dik Ya tak bagitau aku sebelum ni ....tak faham betul..mungkin dia tak nak susahkan aku kot....

esok boleh pegi sekolah dgn bawak beg baru ye sayang.....kalau beg dah betul2 rosak jgn lupa bagitau dan tunjukkan pada mummy....


cantik betul beg duit utk kanak2 nih...aku berkenan sangat2..walaupun duit ngam2 je..tapi aku beli jugak utk anak2.boleh letak apa2 yg patut dalam beg ni..nak buat Raya pun boleh...harganya murah je dalam RM10 je utk setiap satu..

Walaupun murah tapi ianya memang cantik dan cute sangat2..aku memang berkenan sangat2..tu pasal la aku terus beli je.hurmmmmm......


Mummy sayang anak2 mummy.....tanpa anak2 mummy..hidup mummy sudah pasti akan merana dan hancurlah hidup mummy..tak dapat mummy nak bayangkan kalau mummy hidup tanpa anak2 mummy disisi..walau apapun dan walau susah mcm mana sekalipun mummy...mummy akan cuba sedaya upaya mummy utk mummy ceriakan anak2 mummy...sesungguhnya mummy tak akan biarkan anak2 mummy hidup susah..walau sedetik pun..tak kan mummy biarkan anak2 mummy susah.....semoga ALLAH terus memberi rezeki kepada ku dan anak2 ku..dan berilah kekuatan padaku utk aku terus membesar anak2 ku dan berikanlah aku kesihatan dan panjangkanlah usiaku utk aku terus menjaga dan mendidik anak2ku sehingga berjaya....amin......

0 Comments: