August 2, 2010

BANDUNG @ JAKARTA - 3


Hari ke Dua

24.07.2010


Turun breakfast dulu kat bawah.Tapi aku betul2 terkejut coz tak sangka betul aku Hotel ni hanya menyediakan hanya 2 menu sahaja.Selalunya mcm2 Menu yg ada kalau time breakfast kan.huhuhhuh mungkin Hotel Budget mcm ni kot.hehhehhe..Hanya aku Nasi Goreng yg sememangnya langsung takde lauk aku rasa dan maggie goreng.hahhahhaa..adeiiiii aku rasa cam tak bleh nak masukla..baik aku makan roti je utk alaskan perut aku daripada kelaparan.Kalau tak makan langsung tak bleh plak..kan sakit perut.Tapi HB aku bukan main berselera lagi nampaknya makan, begitu juga dgn adik aku..hehhehe..

Tapi Hotel ni memang cantiklah.Pagi ni kami bangun lewat sikit..semalam dah bagitau kat Reception suruh buat wake up call, tapi bleh dia org tak call..bengang betul aku..bila turun je terus pi kat Reception tanya kenapa tak call bilik kami, salah sorang kat situ bagitau..maaf yg pak, kami ngak tahu, tak diinfokan..tapi bila aku tanya ada note tak kat phone tu...dia cakap ada.....hah tu yg buat aku angin tu..lain kali sebelum nak ambik tugas cek dulu ada pesanan dari guest ke tak...tapi aku tak bagitau la..itu hanya juz luahan aku kat HB aku je.huhuhu

Ntahla tak reti nak makan la plak..hehhe...yelah makan senang je...nganga mulut dan kunyah je..tapi serius aku cakap makanan memang langsung tak sedap.Mat Saleh kat sebelah aku ni plak aku tengok cam blur2 je tak tahu nak makan apa..last skali aku tengok dia org semua ambik roti je makan.hehhee..

Lepas makan kami terus berangkat ke destinasi seterusnya.Kali ni nak bawak mak dan anak2 ke Kawah Putih.tempat tu memang tak bleh nak duduk lama2 nanti sakit dada dan batuk2...juz perhi ambik gambar dan ambi syarat jelah ye.

Kesian anak mummy nih..masuk je kereta terus lena..penat betul nampaknya nih.

Hah sorang lagi anak mummy nih, betul2 penat nampaknya nih.tidur dulu ye sayang.nanti bila mummy nampak benda2 yg menarik mummy akan kejutkan anak2 kembar mummy ya.


Nak ke Gunung Kawah Putih ni kena melalui beberapa kampung yg agak terpencil.kemudahan disini aku tgk hanya ada kereta kuda je, kesian plak aku tengok kat kuda2 nih.rata2 penduduk kat sini semuanya yg berkedudukan bawahan.kesian plak dan terasa insaf plak aku.ingatkan aku je yg susah rupa2nya ada lagi yg lebih susah dari aku.bersyukur sangat2 dengan apa yg ada dan dengan rezeki yg aku dan anak2 aku ada.

Bila aku perhatikan kehidupan disini memang jauh lebih berbeza daripada tempat kita sebenarnya.Kita sepatutnya bersyukur dan merasa bertuah kerana dilahirkan di Malaysia yg mana Negaranya aman dan damai.Masing2 ada cara tersendiri utk mencari rezeki.Tapi aku cukup kagum dengan sikap mereka disana ..aku perhatikan dari yg muda sampai ke tua semuanya mencari rezeki.takdenya nak merempit bagai..semuanya buat kerja..tak kira buat kerja apa pun..yg penting dapat duit.


Perjalanan dari Hotel ke Kawah Putih nih memakan masa hampir 1 jam lebih gakla.sebelum ni aku dah pernah sampai kat sini, tapi kali ni aku nak jgk bawak anak2 dan mak ketempat ni.

0 Comments: