July 6, 2010

PULAU PINANG - IKAN BAWAL GORENG


Semalam tidur jam 5.00 pagi..memang betul2 tak larat nak bangun hari ni.bilik kat Home Stay tu plak gelap semacam dan rasa cam pukul 7.00 pagi je..tengok je jam dah pukul 11.00 tengah hari..terkejut anak rimau aku dibuatnya.terus kejutkan HB dan anak bangun.huhuhu..

Kat HomeStay ni aku dok 2 family..iaitu aku dan kawan aku la.dia org dah awal2 lagi bangun ..tapi dia org tak kejutkan kami la.mungkin dia org faham yg kami ni sampai lewat pagi kat bilik tu pasai la depa tak mau ganggu.hehhe.bila aku bangun je terus kejutkan HB dan anak mandi..sementara aku plak siap2kan apa2 yg patutla..coz malam ni aku dan kawan aku akan tidur kat Pulau la plak.tak tido kat Home stay lagi la.

Keluar2 je terus pi kat Bandar Perda utk makan tengah hari.katanya kawan aku ni kat kawasan ni memang tersohor dengan makanan Ikan Bawal goreng dimakan dengan kicap.hurmmm bunyi cam sedap je nih.tak sabar nak makan dan nampaknya perut aku pun dah berkeroncong lapar nih.

Hurmmm jom kita makan dulu lah ye.tak sabar nak makan..asyik dok ngambik gambar je kerjanya aku nih..aku pun lapar gak ni.anak pun lapar nak makan gak nih.hhehee..Dik Ya plak memang tak nak makan sendiri..semenjak 2 menjak nih asyik nak makan bersuap je nih.adeiiii..

Bersama ikan bawal goreng masing2.dah la panas ikan bawal ni weh..lambatnya kawan aku nih nak ambik gambar ni..tak tahan ikan panas sangat ni.hehhehe..dan aromanya memang buat aku tak sabar nak makan.hurmmm memang best kalau makan panas2 nih.

Dik Ya peneman setia mommy bersama dengan Daniel iaitu anak kawan aku.tak sangka plak kami bleh berjumpa kat Penang.dok kat KB pun dah lama tak jumpa..alih2 jumpa dan janji nak jumpa kat Penang je.hehhehe..banyak cerita menarik yg aku dapat.hehehhehe..dan mcm biasala kalau dah lama tak jumpa mestilah banyak cerita2 yg menarik yg nak dikongsi bersama.betul tak.


Lepas je makan kami terus gerak ke Pulau..tak sabar rasanya aku nak ikut aktiviti kali ni.sebelum tu sempat gakla kaum2 bapa nih dok pose kat Bus Stand ni ha.ni lepas je Tol nak masuk Pulau.bergambar sambil menunggu rakan2 yg lain sampai.dan kami akan mula bergerak sama2 la ke Balik Pulau utk acara makan durian.Fuh makan lagi...sejak aku mai Penang ni memang tak renti2 makan weh.memang hancur dan jangan haraplah aku dapat diet konon2nya.

Aktiviti ini memang dah dirancang, tapi aku tak sangka la yg aku dan HB dapat sertai jugak.yelah HB aku baru je balik dari Miri, ingatkan tak sempat dan aku plak dari Kelantan..baru je sampai semalam..penat pun belum hilang lagi nih.tapi semangat nak jumpa rakan2 yg lain serta sambil2 cuci mata atau makan angin aku dan HB gagahkan diri jugak utk memeriahkan aktiviti santai ini.

Dan malam ni nak kena cari Hotel kat Pulau plak..senang utk aku nak buat aktiviti shopping plak utk esok hari.hehhehe.



1 Comments:

El-Zaffril said...

Sedapnye bawal goreng... nyum nyum