July 9, 2010

POSING SAKAN NAMPAK...


Adeiii memang penat yg teramat sangat nampaknya aku dan Dik Ya hari ni..tapi aku rasa yg paling penat sudah pasti aku lah.

kan betul aku cakap..karpet pink ni memang ngam2 je kat bahagian tengah dalam bilik anak pompuan aku nih.pandai jugak aku budget ruang nampaknya.hurmmm..cantik kan karpet tu..simple je..tapi memang sesuai utk bilik anak pompuan.utk anak lelaki punya karpet plak ada gambar robot dan motor..tapi yg anak pompuan ni plak gambarnya ala2 lembut..manis dan lemak berkrim gitu.Apa yg Dik Ya pegang tu...tu yg gulung karpet tadi la..ada je yg dia nak buat main..tapi aku terus suruh Dik Ya pi buang je..buat semak je aku nengoknya.

Malam ni acara kemas bilik anak pompuan aku lah .banyak lagi barang2 yg aku nak hiaskan dalam bilik anak dara aku nih.tapi tak blehla nak beli sekaligus..manala mummy ada duit nak beli semua skali, betul tak..beli satu persatu...lama2 penuhlah dengan apa yg mummy inginkan.dan yg pasti kalau bilik cantik dan kemas anak2 pun suka dok dalam bilik, takdelah dia org nak pi main kat mana2...hias bilik tu cantik2 supaya dia org sayang nak tinggalkan bilik dia org..

Posing sakan nampak anak bongsu mummy nih...memang suka sangatla tu.Dik Ya bagitau aku yg dia rasa cam tak sabar je nak suruh kakak dan kak ngah nya mai umah kat KL nih..nak main sama2..dan gerenti kakak dan kak ngah gembira katanya.

Anak bongsuku yg dah semakin besar dan juga semakin pandai bergaya.dalam 3 org anak aku..Dik Ya lah yg paling suka bergaya..suka pakai baju yg cantik2 dan suka berhias.kalau boleh dia nak dia senantiasa cantik..walau nak tidur sekalipun nak jugak nampak cantik.dah pandai nak pakai perfume...bukan perfume je tapi nak pakai deodorant bila nak keluar.hahahaa..suka pakai body spray..lotion dan perfume...

cara berjalan pun dah lain aku tengok..nak ke arah catwalk gitu...huhuhu...baru 5 tahun..ni nak kena pantau betul2 ni..kan sampai ke besar asyik nak berhias je...risau gak aku dibuatnya.hehhehe..walau mcm mana keadaan anak2 aku sekalipun..aku memang tak akan benarkan anak2 aku keluar seorang diri...aku akan senantiasa menemani anak2 aku nanti..dan akan aku buat mereka seperti kawan aku..nak keluar kemana-mana pun make sure aku ada disisi..tak kisahlah nak pi mana2 pun...nak tidur rumah kawan..sama skali aku tak benarkan.kalau kawan2 mai tidur kat rumah takpe..aku lagi suka kalau kawan2 dia org bertandang kat rumah...

semoga ALLAH lindungilah anak2 aku daripada perkara2 yg tak diingini dan lindungilah juga anak2 aku daripada perkara2 yg mungkar...Amin...


Last skali punya posing nampaknya dari Dik Ya utk malam ini.hehhehhe..bilik dah pun aku kemas sepenuhnya,.tunggu masa utk tidur je nih.Dik Ya memang tidur sorang2 je kalau kakak2nya takde.bukak je lampu tidur dan dia tidurlah sorang2 sebelum adik bongsu aku balik utk menemani dia.

Yang pasti aku jugak memang tak sabar nak bawak anak kembar aku mai umah KL nih..pasti dia org akan suka coz banyak benda yg baru dalam bilik mereka.cuma ada satu je lagi yg belum aku letak...iaitu aircond je.huhuhuhu...dah lama nak letak..dari sehari ke sehari nak pi cari..tapi tak berkesempatan nampaknya.anak2 mengadu malam2 nak tidur panas..kesian jugak kat dia org....aircond pun ada hanya kat luar dan dalam bilik aku je.nanti lepas2 ni lah mummy sediakan aircond dalam bilk anak2 mummy ye..sabar ye.....

2 Comments:

lily lotus said...

cantik dan simple :)...pandai sis hias bilik diorang

DatinDiaries said...

Lily: TQ..sis memang suka kalau bab2 menghias bilik nih