July 21, 2010

OH KERETA KU..


Dah lama rasanya entry ni..tapi aku takde masa la plak nak publish.kebetulan plak semenjak 2 menjak ni aku ada hal sikit bersama family so tak dapatla nak jenguk Diaries kesayangan ni.Walaupun ini entry minggu lepas tapi aku nak jugak kongsikan bersama dan coretkan di sini sebagai satu kenangan yg sememangnya tak akan dapat aku lupakan.

Nak dijadikan cerita..sudah 2 hari aku tak bawak kereta Perdana kesayangan aku ni, mcm mana la aku nak bawak tiba2 je bonet kereta ni tak bleh nak tutup.mmg aku betul2 tak pahamla apa dan kenapa boleh jadi mcm ni.nak kena tutup sekuat hati barulah tertutup..kan kalau selalu sangat dok tutup kuat2 kan rosak dan hancur bonet kereta aku tu siapa yg susah..aku jugak yg susah.Hari tu nak dijadikan cerita aku kena bawak jugak kereta ni pi hantar repair..kalau aku tak hantar sape lagi yg nak hantar.

Pagi2 lagi mak aku dah ambik batu besar kat tepi rumah aku nih dan tali....mak aku ikat bonet kereta pada batu besar tu agar bila aku bawak kereta takdelah nak terbuka luas.hehhehe.lepas je aku hantar Dik Ya sekolah aku terus pi cari bengkel mana yg bukak pagi2 ni.

Aku singgah kat Kampung Sireh, nasib baikla ada satu kedai cina bukak pagi2 buta ni, kedai yg lain semuanya masih belum bukak lagi.masa dok tgh drive kereta ni tadi aku rasa semua org pandang kat aku..mungkin dia org ingat aku ni lupa nak tutup bonet kereta kot..dan mungkin dalam hati dia org berkata-kata.." oo perempuan patutla.." selalu sangat aku dengar ayat mcm ni..kalau pompuan bawak kereta ntah apa2 sikit...pasti akan kedengaran suara patutla pompuan rupanya.hehhee..

Gambar kat atas tu aku ambim dari pandangan sisi..dan nampakla sikit tali putih tu ha.kalau tak ikat memang terbuka luas la..mcm hari yg aku mula2 kena..nak tak nak aku kena bawak sampai rumah jugak..org pandang ke ..senyum ke..aku buat derk jelah.huhuhuuhu

hehhehe ni la rupanya baru dalam kereta aku yg mak aku ikat pagi2 hari lagi nih.hehhehe

Sebelum tokey tu nak memulakan tugasnya ..aku ambik jelah dulu segala gambar yg menarik utk dikongsi bersama.kenangan lucu aku bersama kereta kesayanganku.tiba2 je rosak..pelik betul aku..kan org cakap kalau kita cakap nak beli kereta baru atau nak jual kereta..pasti kereta yg sedia ada akan rosak..padahal takde pun aku nak jual kereta..huhuh...tapi tiba2 je buat hal sama gakla dgn stream aku..pakat2 buat hal..pening kepala aku.

banyak betul yg perlu dibaiki, coz aku nak kena baiki jugak kereta ni..yelah seperti yg aku katakan la kalau bukan aku yg pegi hantar kat bengkel utk baiki ..siapa lagi yg nak hantar..semua ni adalah tugas aku..hurmmm..

Agak lama jugak lah aku kat kedai tokey ni..sampai dah naik muak pun ada jgk..kereta org lain yg mai lewat dari aku semuanya dah siap..tapi kenapa la kereta aku punyalah lambat nak siap...tokey ni nak aku kerja kat bengkel dia ke apa..huhuhu..tapi tokey nya memang baik dan kelakar gakla..asalnya nak baiki bonet kereta je.tapi bila dah dibukak semuanya makan banyaklah yg nak kena tukar plak.Baik aku selesaikan satu persatu dululah ..nak selesai 2 sekaligus nak cekau kat mana la duit nih.hurmm

Lepas baiki kereta , aku terus pi ambik Dik Ya sekolah dan seterusnya ambik anak kembar aku la plak..kebetulan ini hari khamis..so aku merendek dululah dgn anak2...singgah kat SSF jap utk beli bunga..aku nak letak kat Rumah KL..perempuan dengan bunga memang tidak dapat dipisahkan.aku suka beli bunga2 kat sini..kebanyakkanya design nya ala2 inggeris gitu..dan colour2 nya pun semua cantik.


Jom sayang..kita balik...coz petang nanti lepas ambik mek kat tempat kursus kita nak pi KL kan..so jom balik siap2 apa yg patut dulu lah.

0 Comments: