July 9, 2010

MUZIUM KELANTAN - PAMERAN ULAR


Hari khamis adalah hari yg sibuk bagi aku kan.bukannya sibuk apa sangat pun..cuma sibuk pi ambik anak2 sekolah dan hantar mak kat kursus je.tapi kira cam agak sibuk gakla..hari ni aku ambik anak2 dan terus balik rumah..biar dia org buat kerja sekolah dulu..pastu aku ajak anak2 temankan aku keluar dan pi ambik mak aku .

Lepas je ambik mak aku kat kursus..aku lalu ikut depan Muzium Kelantan dan aku tengok cam ada yg menarik je nih kat dalam tu.Ada pertunjukkan ular..hurmm cam menarik je ni.lagipun aku tak pernah bawak anak2 masuk Muzium Kelantan lagi...time macam nilah nampaknya cam menarik dan bolehla aku bawak anak2.Aku terus park je kereta kat depan Muzium tu..nasib baik ada parking..beli tiket dulu..pastu aku dan kakak tulis nama kat belakang tiket tu utk cabutan bertuah kata penjaga kat situ.

Tiket dan beli..nama pun dah tulis kat belakang tu, so tunggu apa lagi..tak sabar nak tengok apa yg menarik sangat kat dalam tu.tiket utk Dewasa RM3.00 manakala utk kanak2 RM2.00 dan utk pelajar2 yg memakai Uniform sekolah dikenakan bayaran HANYA RM1.00 sahaja..

Masuk je kat dalam Muzium ni aku terus terpandang kat seorang pompuan yg dok kat dalam cermin bersama ular2..huhuhu..geli geleman pun ada jgk bila aku tengok ular bersusun-susun banyaknya.Kebetulan time aku masuk nih pertunjukkan dah habis..malas arr nak mai plak..kira tengok yg ni jelah..Tapi pompuan ni mmg berani gila..memang langsung tak geli nampaknya dia.kalau aku mau pengsan kat dalam tu je...walaupun bisa dah dikeluarkan tapi aku memang tak bleh la.aku memang geli kat ular ni...bukan setakat geli je..tapi aku takut sangat2.

Dan ini plak ..ular yg dah diawetkan menjadi keras cam kayu.hehehee..eiii geli betul aku tengok..kalau jumpa sure meraung aku ni..tak kirala yg betul ataupun tak, ntahla geli semacam je aku nengoknya.

Diantara ayat2 Al- Quran dan doa2 untuk mengunci mulut ular dan merawat bisanya.

Bagi sesiapa yg lahir pada tahun ular..ha bolehlah baca kat sini ye..ini hanya mengikut kepercayaan je..tapi kita sebagai org islam tak baik nak mempercayainya 100%..kalau ada yg sama itu hanya satu kebetulan je..Tapi tak salahkan kalau nak baca dan tahu secara detail kan..

Hurmm dan aku plak dilahirkan pada tahun NAGA..heh heh heh..dan aku juga berbintang Gemini.Pasal detail Tahun Naga nih akan aku huraikan lain kali ye.


Eiiiiii...ular ni sebenarnya kecik je..cuma aku fokus je..so nampak cam besar je kan.padahal besar cam jari kelingking je nih...kalau dok kat atas daun2 pokok ni gerenti tak nampak punya..buatnya kalau kita dok jalan2 kat dalam hutan atau pi berkelah kat jeram2 ke..sure tak kan nampak ular ni.eiii meremang bulu roma aku ni.

Selesailah sudah bab bawak anak2 tengok pameran ular kali ni..walaupun takde yg menarik perhatian aku langsung..tapi aku bawak jelah utk anak2.ingatkan best tapi..huhuh...takpelah at least anak2 aku dapat jugak masuk kat dalam Muzium Kelantan nih..ada beberapa Muzium lagi yg aku belum bawak anak2 masuk..next time jelah..aku akan bawak anak2..


0 Comments: