July 4, 2010

BERTOLAK KE KL..


Hari ni memang banyak betul kerja yg harus aku selesaikan.kebetulan plak hari khamis....bagi aku hari khamis adalah hari yg paling bz coz aku kena lakukan banyak perkara..Hantar dan ambik anak2 sekolah tu memang la cam biasa..cuma ada tugas khas je iaitu kena hantar dan ambik mak aku kat tempat kursus Haji plak..dan hari ni jugak aku kena bawak maid ke Klinik..buat Medical Check Up..tapi aku tak tunggula..malasla nak dok tunggu 3 jam..buat apa..baik aku selesaikan tugas yg lain plak..

Bawak anak2 makan dan lebih kurang jam 4.00 petang aku pi Klinik, ambik maid plak..pastu bawak anak2 pi gunting rambut plak.kali ni aku tak nak gunting pendek la rambut anak kembar aku..aku nak dia org simpan panjang..panjang pun kena bawah telinga gakla..tak bleh lepas bahu.hurmm..dan juga bawak maid gunting rambut skali..nampak cam dah panjang rambut dia..kan gugur dalam makanan...minuman ke apa ke..kat dalam bilik dia tu aku tengok banyak je rambut yg gugur...mencacatkan pandangan aku je..nampak cam tak bersih..kalau rambut panjang tapi pandai jaga ..takpelah plak.hurmm.

Dan hari ni juga aku nak ke KL ditemani oleh anak bongsuku.sekarang ni kalau bukan dengan mak dan anak kembar yg ikut...Dik Ya pasti akan menemani aku.aku dah malas dan sunyi bawak kereta sorang2 nih.

Bila dah tengok kakak2 nya dok gunting rambut..nak la jugak kecik Mommy sorang nih..tapi aku memang tak akan benarkan dia gunting rambutnya yg panjang..cuma kali ni aku suruh kawan aku tu ion je rambut Dik Ya.hehhe..rambut Dik Ya nih memang dah curl..cuma kali ni nak nampak kelainan sikitlah.

Ha..dah siap pun..manakala Kakak dan Kak Ngah tengah dok kena potong rambut.nilah rambyt baru Dik Ya buat masa ini.hehhee

Jam 5 petang aku bergegas ke tempat mak aku...lagipun aku nak gerak ke KL lepas ni..tak nak terlewat sangat.lepas je ambik mak..aku terus hantar kat rumah...barang2 yg nak di bawa ke KL semuanya aku dah standby dalam kereta awal2 lagi..senang..tak payah kalut sampai rumah nak berkemas bagai..

Lebih kurang jam 6.45 petang aku dan Dik Ya bertolak ke KL ..kami singgah kat McD Wakaf Che Yeh dulu beli apa2 yg patut utk makan dalam kereta ni...lepas tu barulah kami akan bergerak ke KL.


Ni lah dia peneman setia aku..di mana saja aku berada dan pergi sekarang ni..anak2 memang senantiasa menjadi pendamping aku.aku tak akan jalan sendirian tanpa anak2 disisi..atau HB disisi la.

Dik Ya memang pada mulanya memang tak nak ikut aku ke KL.tapi setelah dipakasa dan disogokkan pelbagai cerita2 yg menarik bila sampai kat KL nanti..so dia terpaksa akur ikut aku.hehhehe...

2 Comments:

El-Zaffril said...

Cantik dia set rambut begitu

DatinDiaries said...

Zaffril: hehhehhe..tu la nampak lain sikit kan..