June 24, 2010

NAK BALIK KB KONONNYA...

Hari ni nak story sikit citer yg melucukan..

Hari ni aku dan anak2 nak balik ke KB..HB tak ikutlah kali nih coz esok dia dah mula kerja..so aku drive sorang2 la dan ditemani anak2 dan mak tersayang.cam biasa gakla..peneman setia aku iaitu anak2 dan mak mesti wajib la.pagi2 lagi aku dah kemas semua barang2 yg nak bawak balik.so tengah hari aku dah mula turunkan segala barang dan susun bagai dalam kereta..kira dah nak balik KB lah nih.HB plak siap hantar kat bawah..dan cium tangan..pipi..mulut dan bagailah..yelah dah nak balik kan..itulah perkara yg sememangnya WAJIB aku buat utk suami tersayang nih.Bila dah siap2 salam dengan anak2 semuanya..aku terus masuk dalam kereta dan mulakan perjalanan dengan Bismilahhitawakal tu alallah..lahaulawalakuwatila.bilalhilali..lilazim...dan ayat nilah yg selalu aku amalkan kalau setiap kali aku nak drive kereta..dan insya'allah dengan izin dan kehendak Allah yg maha kuasa kita akan selamat ke destinasi yg ditujui..

Macam biasala la aku ambik DUKE..takdelah nak jammed sangat.smasuk je jalan tu bleh aku terfikir aku tak nak balik.hati aku berbelah bagi nak balik ke tak.Kebetulan plak ada kawan ( pangkat adik aku ) khawin..kat Kuantan sana..aku teringin nak ke sana..so aku bagitau mak yg aku tak jadilah nak balik KB.hehehhehe..mak aku hanya mengikut je..so bleh aku pusing balik ke KL..sedangkan aku dah nak sampai kat Tol Gombak sekarang nih...aku terus call HB aku dan suruh dia turun tunggu bawah..terkejut anak rimau dia dibuatnya..coz aku tadi beria-ia nak balik KB..aku bagitau dia yg aku nak ke Kuantan...hehhee..

Sampai kat umah HB tersenyum penuh makna..adalah tu dalam kepala yg dia fikirkan tu.hehheh..biasala lelaki..apa lagi kalau bini ada kat sebelah..faham2 jelah kan...so kali ni HB plak yg drive..kami melalui Karaj nak ke Kuantan..masuk je Pahang..terus pusing balik tak jadi pi Kuantan la plak..coz terlupa ..tak bawak alamat pengantin la plak.waaaaaaaaaaaaa..sabor jelah..so kami pusing ke KL balik lah.huhuhuhuu...

Pikir2 punya pikir haluan yg seterusnya.....so kami ke The Curve ..nak cuba Nasi Ayam Penyet kat sana..coz kawan aku cakap sedap..so nak pegilah cuba..nak jugak tahu hebat dan sedap sangat ke...kalau kat WW aku dah cuba..dan ternyata memang best kat sana..so nak cuba kat sini plak mcm mana.

Cara nak order sama je ....cuma Gulai Lemak Pucuk Ubi memang takde kat sini...dan lainnya kat sini plak...kita catit je nak makan apa...pastu kita kena pi bayar dulu..dan dia akan bagi NO ..pastu baru makanan dihidangkan..bukan makan dan mintak bill...tapi kena bayar dulu.hurmmmm...

Hurmmm menunggu agak lama gak la..mungkin kerana org ramai sangat kot.tu pasal la lama sangat kami menunggunya.

Anak kembar kesayangan mommy nih.bukan senang nak dapatkan anak kembar tau..

Alahai anak bongsu mommy sorang nih..suka sangat bergaya nampaknya...Muahhhhhh

Anak bongsu dan suami bongsu mommy nih pun sama2 nak berposing nampaknya.hehhehe..insan2 yg aku paling sayang dan yg bermakna dalam hidup aku..begitu juga dengan anak kembar dan ibu aku.

Apa la yg lucu sangat ni Dik Ya weh...sampai ternganga mulut tu...adala tu...


Hurmmmm sudah sampai..tak sabar rasanya nak makan weh..kebetulan plak perut ni pun dah terasa lapar yg amat sangat..so apa dan nak tunggu lagi..makan jelah.....siap tambah menambah lagi.hehhehe..


Tapi kan serius aku cakap...ni kira secara jujurlah ye...Nasi Ayam Penyet kat sini memang tak sedap...aku rasa dan mengikut selera aku Nasi Ayam Penyet kat WW lagi sedap.ini apa yg aku rasa la..selera masing2 la katakan..tapi tak cuba tak tau kan..bila dah cuba barulah bleh buat perbandingan.betul tak..

0 Comments: