June 22, 2010

MUZIUM NEGARA..

Nampaknya ada yg menarik kat Muzium Negara kali ni pada musim cuti sekolah.Dan hari ni aku bawak anak2 mai kat Muzium Negara..menjelajah dunia kematian pada zaman dahulu sampailah sekarang.Macam mana org2 terdahulu dan sekarang ni mandikan mayat..kafan mayat dan jugak keranda yg telah diguna pakai dari dulu sehinggalah sekarang.Ianya juga terbahagi kepada Agama dan kepercayaan masing2.

Bagi yg tak sempat nak luangkan masa ke Muzium Negara kali nih..meh jelajah kat Diaries aku je..walaupun dari segi gambar yg aku ambik nih tak berapa bagus sangat kualitinya..tapi oklah..at least dapat gak la tengok apa2 yg patut..kalau nak real..bleh pegi tengok sendiri kat Muzium Negara tu sekarang.

Gambar diatas ni adalah Rangka Manusia yg betul tau..bukan yg olok2 punya nih...Rangka manusia nih dijumpai di Gua Cha, Kelantan.Ia juga dikenali sebagai Pengkebumian Masyarakat Neolitik iaitu keadaan susunan bahan2 hiasan kubur yang merupakan salah satu upacara masyarakat Neolitik.Rangka manusia ini berusia 5000 tahun.

Ini adalah gambaran yg telah dibuat..bagi menunjukkan secara jelas bagaimana mayat itu ditanam dan dihias dengan barang2 kepunyaan si mati itu sendiri.

Satu lagi rangka manusia yg dijumpai di Gua Gunung Runtuh..ia dinamakan sebagai Manusia Perak...aku pun tak paham apa maksudnya...mungkin org perak zaman dulu kala kot.hurmmmm ntahla..Kedudukan rangka manusia Perak ini berudia 13,000 tahun..

Dan ini adalah gambar sekadar hiasan jelah ye.nak bagi nampak real punya ...kalau tengok rangka je pasti tak bleh nak imagine mcm mana mayat tu kan...so kat sini anda boleh tengoklah mcm mana kaki dan tangannya diikat.

Ni plak bentuk rangka mayat yg ditanam secara mengiring di mana kaki dan tangannya juga diikat.

Kedudukan mayat semasa ditanam.

Kayu balak purba ni weh...memang berani betul la pihak penjaga Muzium dan juga pekerja2 yg mengendalikan barang2 lama seperti ini..ini semua adalah keranda yg sememangnya yg telah dijumpai bersama mayat atau rangka la...ini semua bukan keranda yg sengaja dibuat2..

Kalau aku tak mo lah aku weh..tak sanggup den weh..Ini plak dinamakan sebagai Pengkebumian Perahu..sedikit info tentang Pengkebumian Perahu.

" Pengkebumian Perahu ini mula diamalkan oleh masyarakat prasejarah dan berlanjutan ke zaman protosejarah di antara 1, 800 - 3,000 tahun.ini disebabkan perkembangan teknologi pembuatan perahu dan peranan sungai sebagai jalan perhubungan utama yang menghubungkan masyarakat pendalaman dengan masyarakat persisir pantai.Di Malaysia amalan pengkebumian perahu diamalkan oleh masyarakat persisir pantai di Kuala Selising di Perak."

Ini plak dinamakan Pengkebumian Batu Kepingan.dimana mayat seseorang itu akan ditudung dengan batu2 kepingan je.

keranda untuk kanak2.

Ini plak adalah Keranda Sandong Dayak Kalimantan..ianya juga terdapat dalam beberapa motif iaitu buaya, topengan dan goemetri.

Dan ini plak adalah Keranda dari Galang Suku Kaum Jah Hut, "Galang" dalam bahasa suku kaum Jah Hut dari kelompok Senoi bermaksud binaan kayu yang dibina secara bertingkat berbentuk piramid diatas kubur.Lazimnya struktur sebuah kubur mesti mempunyai 16 batang kayu yg disusun secara bertingkat dan setiap empat penjuru bahagian kayu paling atas mempunyai ukiran yg membawa maksud 'jantan'. serta 'betina' ( sekapur sireh )."Galang " dibina utk kubur org dewasa sahaja , manakala kubur bagi kanak2 hanya sekadar ditambak dengan tanah berbentuk busut yg diletakkan batu nisan diatasnya.

Ini dinamakan Pengkembumian Lanoh.


Di namakan sebagai Pengkebumian Bateq...Apabila berlakunya kematian mayat akan dimandikan dan akan dibersihkan terlebih dahulu. setelah dipakaikan dengan pakaian yg lengkap , mayat akan dibungkus dengan kain batik lepas yg baru dan akan diikat kemas supaya senang diusung kekawasan perkuburan.Mayat diletakkan disatas usungan yg dibuat dari buluh cincang.

Kawsan perkuburan biasanya terletak disebarang sungai. di atas bukit atau jauh dari kawasan penempatan untuk mengelakkan hantu yg membawa balik kematian. sebelum itu sebahagian penduduk akan dikerah utk membina para kayu diatas pokok bagi tujuan pengkebumian. pokok yg dipilih utk pengkebumian mestilah pokok besar yg mempunyai dahan dan ranting yg kuat bagi memudahkan para dibina utk meletakkan mayat. sekiranya tidak ada pokok besar yg sesuai, mereka akan memilih 3 batang pokok kecil yg berdekatan bagi membina para kayu berebtuk segitiga.

Mayat akan diletakkan diatas para tersebut beralaskan kulit kayu secara mengiring bersama-sama semua harta kepunyaan simati.Biasanya mayat akan diletakkan diatas para tersebut selepas hari kematiannya.

Ini adalah mayat org muslim dimana ianya dikafankan sebelum acara pengekebumian.

Kereta utk menarik jenazah ini telah diwakafkan kepada Jawatankuasa Masjid Kampung Tok Bedu, Tasik Gelugor , Seberang Perai Utara , Pulau Pinang.Jenazah akan diletakkan didalam kereta tarik ini dan akan ditarik ketanah perkuburan. Digunakan pada era 1980-an sehinggalah wujudnya kemudahan kereta jenazah.dan kereta tarik jenazah ini telah dihadiahkan kepada muzium Negara Malaysia.

Dari arah kaki ke atas.....mcm nilah kita suatu hari nanti...semua org pasti akan merasainya setiap seorang.cuma cepat atau lambat je..oleh itu sudah bersediakah anda utk menghadapinya.termasuk jugak dengan diri saya sendiri...semoga kita semua berada didalam golongan org2 yg mukmin...Insya'allah....Amin...

Diantara bahan2 yg digunakan untuk urusan memandikan jenazah.



Keranda Emas 'Promethean' yg bersadur emas 14 karat dan harga bagi Keranda ini kita bleh beli Rumah Banglo...huhuhu..harganya ialah RM500K ......Fuhhh.

Pengkebumian Tajau ( Tempayan )..pengkebumian Tempayan ini diamalkan oleh masyarakat Kadazan -Dusun dan Murut di Sabah. Tempayan yg digunakan biasanya terdiri daripada tempayan yg diimport dari Negara China.

Keranda Kayu Kelabit Lungun.

kepala tengkorak yg tergantung...tak tahulah apa motifnya...mcm2 betul adat tradisi org2 zaman dahulu kala dalam bab2 pengkebumian nih.

Salong ( Pondok Mayat ).." Salong yg bertiang kembar ini didirikan ditebing kanan sungai Long Segaham, Belaga bahagian Kapit , lebih 100 tahun dahulu.ia telah dihadiahkan oleh penduduk Belaga kepada Muzium Sarawak pada tahun 1973.

Salong ini dipercayai dibina atas arahan Avun Dian, seorang ketua kaum kayan yg berpengaruh utk menyimpan tulang2 mayat anak perempuan kesayangannya Lisan. menurut kisahnya juga ukiran salong ini mengambil masa 5 tahun utk disiapkan dgn melibatkan kemahiran 5 org juruukir dan pembantu2nya.Seorang lagi ketua kejaman iaitu Tamam Tipong iaitu cicit kepada Avun Dian juga disemadikan dalam pondok salong yg sama."

Keranda Buluh, Keranda ini menggunakan buluh dan daun kelapa sebagai bahan utama. rekabentuk dan pembuatannya adalah berbeza mengikut status kemuliaan simati didalam masyarakat. Keranda berposisi duduk digunakan oleh Tok Sami , manakala Kerana berposisi baring digunakan oleh orang kebanyakkan.


Diantara bahan2 yg akan digunakan oleh masyarakat India dihari kematiannya.

ini dinamakan Keranda Moden.

Keranda Erong Kerbau.

Keranda Siam, Keranda atau tempat meletak mayat dikenali sebagai Loong.Keranda ini dianggarkan berusia sekitar 40-50 tahun dan dihasilkan di Utara Kota Bangkok, Thailand. Ia pernah digunakan di Wat Pohtivihan yg terkenal dengan patung Buddha berbaring 'di Tumpat, Kelantan.

"Kerusi Mayat", Kerusi diperbuat daripada Rotan digunakan oleh kaum Kalanguya di Pulau Luzon, Utara Filipina sebagai salah satu ritual dalam menghadapi kematian. lazimnya kerusi seumpama ini digunakan untuk meletakkan mayat golongan bangsawan, pembesar atau individu yg disegani dan dihormati. Mayat akan didudukkan dengan dipakaikan pakaian pembesar.

Kemudian, ia diletakkan ditempat yang khas sebagai tanda penghormatan dan akan dibiarkan sehingga kering dan tinggal rangka.Tulang2 simati akan dikumpul dan diletakkan setempat didalam tempayan pengkebumian sebagai persemadian abadi.Dianggarkan berusia 500 tahun.

ada jugak keranda yg digantung ditepi2 bukit seperti didalam gambar rajah diatas.kalau nak real lagi..anda kena pegi Muzium Negara sekarang.dan nikmati segalanya yg ada didepan mata.hehe.

adeiii kalau aku....kalau aku....memang kepompom la tak berani nak cuci2 bagai...tak sanggup mak..ni bukan keranda yg baru siap..tapi ni memang betul2 punya keranda la....yg oliginal mali maaa..

Fuh.....RM500K....kalau aku...memang banyak benda la yg akan aku buat dengan duit tu...mula2 skali aku nak bukak Kedai makan pastu beli umah..pastu masuk dalam akaun anak2..pastu pi Makkah...pastu....dan banyak lagilah.hehhehhee...( koya sikit deh )

Diluar atau dipintu masuk pun dah tersedia benda ini..huhuhu..kalau malam2 jangan haraplah aku nak datang..walaupun ditemani HB pun aku tak sanggup weh..

Settle bab2 mengenali segala keranda yg ada...so HB singgah kat sebelahnya plak..nak tengok pamera Asean la plak...so aku layan jelah.hehe

hehhehhe...beli kacea butir metar......ambik gambar dengan Auntie la plak anak2 aku nih..takpe layan jelah karenah anak2...janji anak2 bahagia.

Jom balik...lepas ni kita nak pi mana plak eksss...kita ronda2 dululah ye...last minute punya program neyusul selepas ini..buat masa sekarang tak tahu nak kemana lagi....nak balik rasa cam awal lagi..

makan kace butir dululah sementara menunggu HB pi ambik kereta.kan kalau lambat ambik kereta aku bawak je keretaapi kat belakang tu je.hehhee

Muzium Negara..tempat yg anda patut datang sebelum anda nak melancong ke Negara org..biar tahu asal usul dan tempat2 serta barang2 ditempat kita dulu..barulah boleh nak merendek ke Luar Negara...kan kalau pelancong tanya kita ...terlopong tak tahu nak jawab apa..hehhehee.



ps: utk entry ni aku buat dari jam 12 tgh malam sampailah ke jam 1.57 pagi....huhuhu...nak buat entry ni kena tgh2 malam...barulah real semacam 2 macam kan.....walaupun kepala aku asyik dok toleh belakang..kiri dan kanan..Akhirnya aku berjaya jugak siapkan ini entry...hahhaa.

0 Comments: