June 24, 2010

KHAS UTK HB...






Sebelum aku nak meneruskan kata2 Hikmatku pada malam ni..sebelum tu aku nak komen tentang gambar HB aku nih dulu.hehe..Wah posing sakan betul..tapi ini gambar di ambiknya sendiri masa aku dok tgh mandi..tgk2 dah ada gambar nih..dah berjangkit nampaknya HB aku dengan penyakit aku sekarang nih..iaitu layan ambik gambar sendiri2..cuma masa aku ni gemuk sekarang nih..tak berapa gembar sangat aku nak bergambar weh...buat sakit mata je bila tengok gambar sendiri yg tengah kembang semangkuk nih.

Happy Father's Day atau Selamat Hari Bapa utk semua kaum lelaki diluar sana yg dah bergeralr Bapa dan bakal bergelar Bapa.Paling istimewa skali ucapan Hari Bapa aku tujukan kepada Allahyarham ayahnda aku yg tersayang..11 tahun sudah beliau meninggalkan aku sekeluarga, Selamat Hari Bapa juga utk beliau dan semoga rohnya ditempatkan bersama-sama org yg soleh.

Selamat Hari Bapa utk HB yg tersayang, walaupun kami masih lagi belum dikurniakan anak..tak mengapa coz aku pun dah sememangnya dah ada anak2...dia pun sayangkan anak2 aku dan melayan segala karenah anak2 aku dengan sabar dan dia juga begitu rapat dengan anak2 ku tambah2 lagi dengan anak ku yg bongsu.Insya'allah kalau ada rezeki terdekat ni..mana tahu kot2 aku dapat baby lagi..tapi buat masa ni takde tanda2 lagi lah..bukan rezeki lagilah kot.Terima kasih aku ucapkan buat suami tersayang kerana menerima aku seadanya dan menerima anak2 aku juga dalam hidupnya.Terima kasih kerana sayang dan cintakan aku sepenuh hati.Aku juga tahu yg u memang banyak berkorban untuk i..terima kasih diatas segalanya.Setiap detik dan saat i memang hargai apa yg u lakukan dan apa yg u dah lakukan utk i .Walaupun kehidupan kita bukanlah mewah dan tak sekaya mana...tapi cukuplah dengan apa yg ada..Kasih sayang yg tak berbelah bagi sudah cukup membahagiakan aku sebenarnya..dan terima kasih diatas segalanya.Walaupun kami tak kaya harta tapi kami kaya dengan kasih sayang..kasih sayang ..cinta..pengorbanan yg diberikan sudah cukup membuka mata aku selama ini..setiap apa yg u cuba lakukan i sedar semuanya..dan terima kasih skali lagi..


Bukan senang untuk aku buat statement seperti ini..tetapi aku rasa inilah yg dia inginkan sebenarnya daripada aku.coz sebelum ni aku mungkin biasa2 je..dan nampak cam tak sayang kat dia.heehhe..sedangkan hati aku bila berjauhan dengannya pasti akan merinduinya..rindu segala-galanya tentang dia..terima kasih kerana boleh membuatkan aku ketawa ..perselisihan faham itu biasala , itu adat rumahtangga..lagi lidah boleh tergigit...tapi berkat kesabaran dia dan aku..kami masih lagi bersama dan tetap akan terus bersama selagi jodoh diantara kami kuat.


Selamat Hari Bapa utk suami tersayang..dan juga buat semua kaum2 bapa diluar sana..semoga anda semua menjadi seorang ayah yg bertanggungjawab...

0 Comments: