June 5, 2010

FAMILY DAY @ LUMUT - TLDM

Akhirnya, sampai jugak kami kat Pengkalan TLDM nih...mula2 tgk nih memang rasa sungguh terpegun skali.tu belum masuk lagi...baru je sampai...tgk kapal2 perang..Fuh memang BERANI betul lah dia org ni ( Tentera ) dia org memang patut di beri penghormatan diatas kerja mereka.

Jom kita layan setiap gambar bersama jalan ceritanya ya.

HB aku jugak tak lepaskan peluang utk bergambar sebanyak yg mungkin nampaknya nih.hehhhee..apa pun layan jelah ye

Bergambar lagi...lagi dan lagi...masuknya idak pun.hehe..kawasan kat sini memang bersih..nampaknya mereka dah menunggu kedatangan kami semua.tak sabar nak masuk dalam kapal2 nih.

Ramainya anak2 aku weh..yg baju merah ( yg besar tepi skali tu ) anak sulong HB aku la tu.sekarang ni kaum2 bapa telah diberi taklimat dulu tentang hal berkaitan dengan kapal2 nih...dan aku plak sedang asyik bergambar jelah dulu.

Bergambar lagi..bila lagi nak bergambar sakan dalam kawasan ni, betul tak.bukannya senang nak masuk kawasan nih.memula tu tak jadi nak masuk..tapi mungkin rezeki menyebelahi kami kot...so semuanya di permudahkannya.

Jom semua kita tinjau ke dalam kapal plak.mesti banyak lagi yg menarik yg menunggu kat dalam nih.

Nama kapal ni ialah Kapal Perantau..aku pun tak pasti kenapa Kapal ni namanya Perantau..kuat merantau kot.huhuhu..Kapal plak punyalah besar.naik seram pun ada jugak aku nak naik kapal nih.

Bergambar kenangan berlatar belakangkan Kapal Layar.besar betul kapal layar nih.memang bestlah.anak2 pun memang tak henti2 bertanyakan soalan2...ilmu buat mereka dan juga pengalaman yg amat berharga buat anak2.

Besarnya baju yg aku pakai weh....ini adalah baju HB aku...dan HB aku plak pakai baju aku..bleh mcm tu.adeiii sabar jelah..walau apa pun gambiran tetap bergambiran.....

Jom masuk...kami dipecahkan kepada 4 kumpulan.tak bleh nak pi menjelajah setiap kapal la nampaknya coz masa pun dah suntuk sangat2.setiap satu kumpulan dibenarkan naik hanya 1 kapal sahaja..takpelah janji dapat naik jugak kapal perang nih ye.adalah jugak pengalaman.

Nnati aku terangkan kat entry seterusnya ya.ikuti berita bergambar dari aku selepas ini.hhehee




2 Comments:

El-Zaffril said...

Seronoknye

DatinDiaries said...

Zaffril: mmg seronok sangat..walau panas yg amat..tapi tahan jelah