June 5, 2010

FAMILY DAY @ LUMUT - TLDM

Ini adalah episod terakhir utk Pangkalan TLDM bagi kali ni.Kapal ni diberi gelaran dengan nama Laksamana Tun Abdul Jamil.dan aku juga tak pasti Kapal ni utk apa..adakah ianya Kapal Perang ataupun Kapal Logistik.tapi apa yg pasti Kapal2 kat sini memang besar yg amat..naik gerun aku dibuatnya bila tengok kapal2 nih.

Dan hari ni juga adalah satu pengalaman yg cukup bermakna buat aku dan anak2.ada sesuatu yg baru yg boleh aku terangkan pada anak2.walaupun aku sendiri baru pertama kali dapat jejakkan kaki kat atas kapal ni.memang begitu teruja skalilah.belum naik lagi dah pun teruja..kalau dah naik.tak tahu lah mcm mana..jgn sampai aku terjun laut dahla.hahahhaa.

Jom kita tgk apa yg sempat aku rakamkan, setelah aku meminta kebenaran utk mengambil gambar..dan inilah hasilnya.tapi ada sesetengah tempat tu kami tak dibenarkan mengambil gambar..yelah paham2 jelah kan...gambar yg ada ni pun sudah cukup menjadi satu kenangan yg manis buat aku dan juga buat anda yg belum pernah sampai atau naik lagi atas Kapal nih.


Jom saksikanlah....wah cam lagu dangdut la plak..hhehe.

Aku tak pasti apa nama Kapal ni...tapi Kapal ni memang besar yg amatlah.takut plak aku tgk.Tapi kan yg paling best skali semasa kat dalam Pangkalan ni ialah kebanyakkan org kat sini semuanya org KELATE..dari Laksamana dan kepada anak2 buahnya memang ramai dengan org Kelantanlah.Aku sendiri tanya Laksamana tu..ramai ke org Kelantan kat sini...dia bagitau..separuh yg ada kat sini semuanya org Kelantan...wah..hebat gitu..

Bangga betul jadi Rakyat Kelantan nih..jgn mare naaaaa.

Dan inilah Kapal yg aku akan naik..dan ini bukanlah Kapal Perang..tapi iannya adalah Kapal Logistik.sebagai contohnya cam Kapal nak kena hantar bombastik ke..makanan ke apa ke...semuanya lah...Kapal inilah yg akan hantar terus kat Kapal yg memerlukan tadi.

Besar betul dan tinggi weh nak naik Kapal nih..tapi kalau tak naik memang rugi yg amat..nak tak nak....baik aku naik je..satu pengalaman yg baru bagi aku.

Dan ini adalah salah satu Kapal Perang yg terdapat kat Pangkalan nih.seram la plak aku tengok kapal ni.mcm mana lah org kat dalam tu..memang dah tugas mereka kan.memang tabik spring lah kat Tentera Laut, Tentera Udara, Askar dan Polis2 yg menjaga keamanan Bangsa dan Negara kita.tanpa meraka semua..anda fikirlah sendiri mcm mana nasib anak bangsa kita kan..

Dengan keberanian mereka semua...meraka patut diberi penghargaan yg setimpal dengan tugas yg mereka pikul.sanggup berdepan dengan apa saja musuh demi mempertahankan banda dan negara.wah.....sensitifla plak aku nih.hehhe..

Anda kena datang sendiri dan tgk depan mata segala kapal2 yg ada nih..barulah anda boleh terfikir mcm mana keadaan mereka semua bila berhadapan dengan musuh...apa2 pun aku bangga menjadi Rakyat Malaysia...( tak lari tajuk kan ...ceramah yg aku sampaikan ni ) ..hehhe.

Sempat lagi tu HB aku bergambar kenangan bersama dengan salah seorang Laksamana yg ada kat situ menunggu ketibaaan kami.Lupa plak nama dia...tapi dia memang sporting orgnya...selalu tersenyum je..tapi nampak tegasla...dalam tegas2nya tu ada lembutnya jugak..

Wah laju betul mak aku naik ...risau betul aku dibuatnya..mungkin dia dah terlupa yg dia sakit lutut kot.yelah sape2 pun tak nak lepaskan peluang utk naik ke atas kapal ni dan saksikan sendiri apa yg ada dalam kapal ni..dan bolehlah tgk laut yg sayup mata memandang.Fuh..satu pengalaman yg sungguh indah..

tapi hati2 lah mek weh...bawah tu laut dalam tuh.....adeiiii risau aku dibuatnya.

Setelah mendapat green light dari anak2 kapal yg membawa kami pusing2 dalam kapal ni..akhirnya dapatlah juga aku ambik gambar anak2 dan mak utk kenangan.Keciknya Dik Ya tu weh..bukan main happy lagi dia org ni bila boleh naik kapal...aku cakap kat anak2..meh naik kapal nak hantar pi balik Indon semuanya..huhuhuhu

Tapi anak2 memang happylah..banyaklah yg dapat dia pelajari dan banyak ilmu jugaklah bila dia org naik atas Kapal ni.coz anak2 kapal yg bertugas siap bagi penerangan kat kami apa yg ada dalam kapal ni dan fungsinya jugak.satu pengalaman yg baru utk anak2 aku dan juga utk diri aku sendiri.

Terima kasihlah kepada anak Kapal yg sanggup mengambil gambar kami berdua.kat belakang kami tu nun jauh disana ialah Pulau Pangkor...dan ditengah2 laut tu plak ada sebuah kapal yg besar..yg terbakar baru2 nih..banyak barang2 yg tak sempat diselamatkan..punca..kenapa dan mengapa lupa plak...aku...dia org dah bagi penerangan pasal kapal yg terbakar tu...cuma aku je yg hilang perhatian...mana taknya asyik dok menikmati keindahan laut sekeliling je..memang tenang je jiwa nih bila dok atas Kapal dan tgk Laut yg terbentang luas.

Hah tu dia...meh sini aku nak tembak manusia2 yg selalu tak puashati dengan aku..biar kasi terburai isi perut tuh..hehee...kalau tak silap aku la benda alah ni boleh sampai ke 7km ..fuh jauh tuh......

Bukan main happy lagi nampaknya anak2 mummy nih...satu pengalaman yg cukup indah buat anak2.banyak yg dapat dipelajari oleh anak2 dan juga utk diri aku sendiri.

Bergambar kenangan di atas Kapal Logistik...seronok nampak

Bukan main seronok lagi nampaknya mereka ni ye.alahai Dik Ya kenapa la mummy tgk Dik Ya nih tak besar2 weh lok.huhuhuhu....dia lah yg paling lincah skali kat atas kapal nih...aku plak time ni memang dah pening2...mabuk laut kot.walaupun Kapal tu besar dan tak rasa pun bergerak..tapi aku masih jugak lagi pening2...

Pening yg amat..memang berdenyut-denyut kepala aku dibuatnya.tapi aku tahan jelah..yelah kalau aku turun ..tak besr la plak..bila lagi aku nak merasai naik Kapal dan selongkar apa yg ada kat dalam Kapal nih.so aku tahan jelah.mesti Kapal tu bergoyang gak kan..cuma aku tak rasa je..coz kapal ni memang besar sangat..takpun mungkin aku asyik dok tgk kebawah je..dok tgk Laut..tu pasal la..kepala aku pening2 tak hengat punya.

Wah seronok nampaknya anak2 aku ni...dan anak buah aku ni jugak.satu pengalaman yg indah buat mereka dan juga buat diri aku sendiri.memang best la..

Sempat lagi HB aku nak posing kat puncak atas Kapal nih..memang gayat dibuatnya.tinggi betul la Kapal ni..risau aku.Gambar aku plak tak banyak sangatla..coz aku yg jadi tukang ngambik gambar.hurmmm sabor jelah.

Dahla jom balik...hanya 1 kapal je yg aku sempat naik..kami dibahagikan kepada 4 kumpulan...dan yg group lain tu naik kapal lain lah.yg aku ni plak dapat naik Kapal Logistik punya.memang best...walaupun kepala dok terhuyung hayang...tapi memang puashati betul la.


Akhirnya selesai sudah utk Program pada petang ni.Fuh lega rasanya, coz badan aku ni memang tak selesa sangat2..panas yg amat...berpeluh plak tu..memang tak selesa lah...badan pun penat..balik Hotel nanti sampai je dalam bilik aku nak terus *toot*..tak tahan sangatla....adeiiii...tapi walaupun penat yg amat...aku amat berpuashati dan enjoy sangat2..dan satu pengalaman yg baru utk diri aku serta utk anak2 aku.

Dan alhamdulillah bas yg aku naik ni bas yg mempunyai aircond..nasib lah sape yg naik Bas sauna yg aku naik tadi.hehhehhehe.....Fuh...........zzzzzzzzzzzzzzzzzz..



2 Comments:

El-Zaffril said...

Lama dah tak pergi tempat ni... haish... rindu betul dengan pengkalan ni

DatinDiaries said...

Zaffril: ni kira 1st time lah ni dapat dtg sini.huhuhu