June 6, 2010

FAMILY DAY @ LUMUT - 3

Pagi ni aku hanya breakfast Nasi Lemak je.lauk2 lain kebanyakkan dah habis....aku turun lewat la.mana tak lewatnya..masuk bilik semalam dah dekat jam 4.00 pagi dgn HB aku nih.memang liatlah sikit nampaknya nak bangun pagi nih...kepala pun masih ting tong lagi nih.

Hari ni adalah hari terakhir aku berada kat Lumut.tapi hari ni jugak banyak jugaklah program yg aku akan sertai nanti.Lepas Breakfast ni kami akan keluar pi ronda2 sekitar Lumut jelah..aku ingat nak ajak HB aku pu meronda kat Pantai Teluk Batik, nak tgk apa yg menarik kat sana..Jommmm

Kakak makan berkongsi dengan Kak Ngah jelah...tak kanla nak makan banyak mcm tu.sebelum nak keluar pi jalan2 ...kena isi perut dulu ye..

Apa la yg Dik Ya dok mengadu nih....Dik Ya memang manja sangat dengan 'papa'.Asal HB aku ada je memang dia dah tak nampak aku lah, asyik nak berkepit je dgn HB aku nih..dan aku plak ditinggalkannya.hehehhe.yg senantiasa setia disisi aku ialah sudah tentunya Kak Ngah.

Pada mulanya aku pi meronda kat Pantai Teluk Batik, tapi aku tak nak turunlah..coz cuaca kat luar tu memang teramat panas skali..Memang terasa malas yg amat sangat nak turun, aku juz pusing2 kat sekitar Pantai Teluk Batik jelah.gambar di atas ni ialah Muzium..aku tak pasti Muzium apa sebenarnya..cuma yg menarik minta aku kat Muzium ni ialah tang seni binanya...aku sukakan rumah kayu yg diukir seperti ini..pastu dengan tingkap kaca yg ala2 tradisional gitu...memang cantik skali.

Pusing2 kat Pantai Teluk Batik..dan singgah kat Octupus iaitu kat Taman Laut & Restoran..dan aku tak singgah jugak..juz tinjau2 dari luar je.Tapi pintu masuknya memang unik skali.

Wah cantik betul....memang menarik skali Restoran nih..aku memang tak masuk dalam nih..cuma dok tgk2 dari luar je..nampak cam menarik je..kalau cuaca tak panas gerenti aku turun dan bawak anak2 turun.

Pusing2 lagi..coz aku ada banyak masa...jam 1 tgh hari nanti baru kami akan berkumpul kat Lobby Hotel..so masa lebih..blhlah aku pusing2 dekat kawasan Hotel jelah..ni plak aku tak pasti apa nama tempat nih..tapi ni Jambatan yg baru siap lah ni...memang cantik je kawasan nih

Nun jauh di hujung sana adalah Hotel yg mana tempat aku bermalam.jom kita masuk ke dalam lagi..dan tengok apa yg menarik kat dalam nih.nampak cam kawasan baru je nih..tapi cantik la kawasan ni..cam Pulau kecik pun ada gak..

ni plak Jetty nak ke Pulau Pangkor.kawasan kat sini masih lagi dalam pembinaan, masih banyak lagi yg belum siap..mungkin dalam masa 1 tahun ni semuanya akan siap kot..tak pun dalam 2 tahun lagi kot.kawasan ni memang cantik dan modern.

Marina Island Hall yg masih lagi dalam pembinaan..next time aku datang Lumut..aku pasti akan singgah sini plak..dan ngambik gambar yg bangunan semuanya dah siap.aku rasala bila semuanya dah siap..kat sini memang menjadi daya tarikan pelancong dan juga penduduk setempat....Kat kawasan ni memang cantik..sesuai utk muda mudi lepaking kat tepi2 pantai.

Memang cantiklah kawasan ni...nanti beberapa tahun lagi kita tgk gambar yg dah siap semua skali..nanti bolehlah bandingkan dengan gambar yg aku ambik nih.Kalau tak silap aku la..dari mulut2 yg boleh dipercayailah..kalau Jetty kat sini siap..masa untuk ke Pulau Pangkor hanya memakan masa selama 15 minit je..dekat kan...Tapi aku sendiri pun belum pernah sampai lagi kat Pulau Pangkor...Insya'allah ada rezeki sampailah aku sekeluarga kat sana nanti.


Oklah..dah nak balik Hotel..balik boleh rest kejap..coz jam 1.00 tgh hari nanti dah nak kena berkumpul kat bawah plak...kalau balik awal bolehlah aku landingkan badan yg sememangnya dah penat yg amat sangat.

Waktu ni air laut 'surut'..Tenang je bila tengok gambar nih, oklah. aku nak sambung rehat jap...dan nak tidur jap .....zzzzzzzz



1 Comments:

El-Zaffril said...

Wah jelesnye... syioknye... rasa mahu pergi juga