June 4, 2010

FAMILY DAY @ LUMUT - 1

Dah lama rasanya dok menunggu 'Family Day' nih.Bagi acara tahunan untuk Kelab Pemilik Proton Perdana Malaysia kali ni, kami adakah Hari Keluarga di Lumut , Perak.Kesemua rakan2 dari seluruh Malaysia di jemput bagi memeriahkan acara tahunan ini.Aku memang tak sabar betul nampaknya , yelah bila lagi nak jumpa dan berkumpul dengan rakan2 dari Seluruh Malaysia nih.Program seperti ini memang kena buat setiap tahun.

Aku ke KL dengan anak2 awal la sikit semalam, semata-mata hari ni nak berkonvoi ramai2 dengan rakan2 yg lain.kalau tak silap aku la..kami berkumpul sebanyak 70 buah Proton Perdana dari seluruh Malaysia, tu pun masih ramai lagi rakan2 yg lain tak dapat sertainya.

Jom layan segala cerita dan gambar dari Hari Pertama sampailah tiba masanya mau pulang yah.


zassssssssssssssss..


Aku baru perasan kat kereta aku ni ada sticker lain plak iaitu Comm Car 1.huhuhuhu..ni mesti kerja HB aku la ni selaku menjadi Comm Car 1.

Family Day untuk tahun 2010 bertempat ni Marina Cove Resort , Lumut.

Anak2 sudah pasti ada bersama..mana bleh aku tinggalkan anak2 aku.Aku juga sanggup buat apa saja utk anak2 aku.Anak2 adalah harta dan nyawa aku.

Aku bersama dengan isteri2 dari Kelab Proton Perdana Malaysia.di mana isteri2 dan anak2 yg senantiasa bersama suami setiap kali adanya Program.kepedup yah semua..kita kan kelab KEKELUARGAAN ..so apa saja yg berkaitan dengan Kelab..pastikan ianya tak lari daripada Motto Kelab.

Bz betul nampaknya kaum2 bapak nih.kaum2 ibu plak hanya menurut jelah.kalau org bawak ke kanan..makan ke kanan lah kami pegi..huhuhuh

Semuanya hijau nih..sememangnya HIJAU itu indah...sejuk mata memandang..huhuhu..jgn ada yg salah faham plak tentang statement aku ni...Pendirian aku tetap tguh bersama dulu..kini dan selamanya..ahaks..

Kaum2 ibu time ni dah nak mula masuk kereta memasing nih..kita org dah nak gerak nampaknya.dekat 1 jam dok kat R&R Rawang ni coz menunggu salah sorang rakan yg belum sampai lagi.huhuhu.

Memang best kalau semuanya ada..dan aku memang suka berkonvoi nih.nampak cam meriah je kalau ramai2 mcm ni kan.memang best.

Mendapat info bahawa Jalan nak menuju ke Ipoh mengalami kesesakan yg teramat teruk coz ada kemalangan yg berlaku.xsiden tu belah lain tapi yg belah lain plak yg jadi jem..biasalah kita kan rakyat Malaysia yg perihatin.sikap ingin tgk apa yg berlaku tu lah yg boleh menyebabkan jem tak hengat kat highway tu.huhuhu..so kami ambik jalan lain..kami melalui Pekan Bidor dan seterusnyalah.

KFC ni mcm pernah aku singgah makan je satu waktu dulu.huhu..yelah kat KFC ni lah aku anak beranak singgah makan..coz baiki tayar kereta yg b'masalah hari tu.kebetulan hari tu kita org nak naik Cameron, so singgah baiki kereta kat sebelah KFC tu je.

Biasalah kalau dalam kereta ni, mcm nilah aku anak beranak..asyik bergambar je.time ni Kak Ngah tgh buat apa pun aku tak ingatla..Tapi tgklah aksi 2 org anak dara aku nih ha..


Huhuhu Dik Ya memang ada2 je idea yg nakal nampaknya.dan saja je interprenggg bila aku nak ngambik gambar.memang susahlah kalau aku nak ambik gambar aku sorang2 sekarang nih.ada je yg nak jadi tukang interprengggg sekarang nih.

Ni masih lagi dalam perjalanan, rasa cam jauh la plak.tapi perjalanan kami alhamdulillah takde apa2 yg serius berlaku.cuma hanya 2 buah kereta je yg terpaksa berhenti coz ada kerosakkan, lepas di baiki dia org terus kejar konvoi..setiap kereta yg rosak..memang ada wakil yg menunggu dan membaikinya bersama.

2 Comments:

El-Zaffril said...

Wah... bestnye bercuti

DatinDiaries said...

Zffril: mehla nak cuti sama2...satu family....best...

ni kat mana nih