June 20, 2010

CUTI2 MALAYSIA @ MELAKA - SUNGAI MELAKA..

Setelah puas seharian aku anak beranak naik Beca...dan aku suruh je pakcik dan adik yg bawak beca aku nih turunkan kami kat tempat nak naik bot untuk menyusuri sungai Melaka.

Sebelum tu nak kena beli tiket dululah..kan takde tiket tak bleh naik plak..Tapi kan kat Melaka nih memang banyak betul tempat2 yg menarik , begitu juga tempat2 yg bersejarah memang banyak la..masih banyak lagi tempat yg aku belum sampai..kalau nak ke semua tempat yg bersejarah kat Melaka ni..kena dok la kat sini paling kurang pun 3 hari.

Ketika ni kami dah masuk dalam bot.nak tengok keindahan sepanjang sungai Melaka ni ha.lagipun bulan JUNE ni ialah PESTA SUNGAI..malam nanti akan dirasmikan.rasanya malam nanti aku tak sempat nak tunggulah coz ada tempat lain yg perlu aku bawak anak2 singgah..pastu kami nak terus balik ke KL..coz HB aku kerja..kalau HB aku tak kerja dan masih bercuti..gerenti dok 1 malam kat Melaka plak..badan penat woooo.

Noor Hidayah anak sulongku..

Noor Hikmah anak yg Tengah. :-)

Noor Zaheera iaitu anak bongsu ku yg kini dah berusia 5 tahun.

Anak2 sedang menikmati keindahan disetiap belakang bangunan yg dah siap dilukis mengikut sejarah yg ada di Melaka..memang menarik skali.Kalau tak silap aku bangunan yg mula2 ni dia org lukis ala2 Kapal Lanun la nih.

Ni plak mesti gambar Hang Tuah ..nampak segak semacam je nih.setiap belakang bangunan disepanjang Sungai Melaka nih memang dia org buat cantik2...semua bangunan dilukis..dan di cat baru..nampak cam Venice plak..walaupun aku tak pernah pegi...hehhehehhee.

Aku masa sekolah2 dulu memang malas nak belajar Sejarah..tapi bila dah tua2 muda gini barulah minat Sejarah....nyesal plak..huhuhu..so utk gambar ni aku tak tahu sapelah ye.hehhehheee.

Dan ini plak Eye Of Malacca...ianya kecik je nih..tak mcm yg kat tepi laut tu iaitu Eye Of Malaysia...masih belum dibuka utk org ramai yg tu..kalau yg ni plak..malam2 baru bukak kot.

Lepas je kita menyusuri belakang bangunan yg cantik2 dan dilukis dengan wajah2 yg ternama..kini kita akan melalui satu perkampungan, dimana kesemua rumah di persisiran sungai ni dihias indah..memang cantik..dan memang betul2 klasikla..tapi aku tak ambik 1 pun gambar...adeiii nyesal plak..tapi rumah cam ala2 rumah org Negeri Sembilan punya design.

Dan rumah dia org plak memang colourfull betul..memang cantik dan memang nampak meriah sangat.kalau malam mesti lagi menarik dan cantik.

Gambar kincir air pun nak diambiknya jugak.hurmmmmm ni bukan aku yg tukang ngambik gambar ye.hehhehe.tapi aku abadikan jugak disini sebagai kenangan.

Selesailah sudah segalanya aktiviti aku dan anak2 di siang hari..dan lepas ni aku bercadang nak bawak anak2 pi jalan2 kat A Famosa Resort plak.Kat sana ada CowBoy Town.dulu dah pernah sampai..tapi time tu dia org kecik lagi la...sekarang ni nak bawak plak dia org pi sana.

Mak dan Kakak bergambar kenangan berlatar belakangkan Kapal Lanun .( betul kot ) yg tenggelam.kami tak masuk pun dalam tu..juz tengok2 dari luar je..aku dan semuanya memang dah tak larat sangat.ingatkan nak abmik beca je ke parking kat Menara Taming Sari nih.tapi bila diperhatikan kat tempat Kapal nih dengan tempat Parking kereta tu takdelah jauh sangat pun..so kami ambik keputusan jalan kaki jelah, sambil2 senaman gitu.tak cukup rasanya keluar peluh menahan dek panas kot.heh heh heh.


Jalan punyalah sesat semacam je..dan kereta aku plak time nihlah dia nak buat hal.kereta aku ni tak bleh jalan jem..dan bawak kereta kejap gerak..kejap berhenti...'temp' memang akan naik tinggi...tak tahu apa masalahnya.Hari tu dah baiki dan tukar kipas aircond..so semuanya dah settle..dan masih buat hal lagi..mesti ada something wrong lagi kan.

Kalau tak silap aku ada satu motor apa ntah yg tak bergerak..tu pasal la 'temp' akan naik tinggi..tapi kalau bawak kereta kat highway takde masalah plak..cuma time2 jammed jelah dia buat hal..balik KL ni nak kena terus baiki sebelum aku nak balik KB nanti.

Dan nasib baiklah kami ada jugak kawan kat Melaka ..kawan satu kelab la iaitu Kelab Pemilik Proton Perdana Malaysia..memang ada diseluruh Malaysia lah..so tak kisahla kalau ada apa2 hal..insya'allah kawan2 ada.


Gambar kat atas ni plak aku sempat ambik coz cantik sangat pelangi nih.sambil2 sejukkan enjin kereta dulu..sambil dok pandang pelangi dan teringat plak kat Lagu Pelangi Petang.hehhehee.


ps: Terima kasih buat rakan Melaka yg bersusah payah menolong aku sekeluarga..terima kasih buat Zack Media dan Chef Isa yg banyak membantu..

0 Comments: