June 20, 2010

CUTI2 MALAYSIA @ MELAKA - PART 4

Akhirnya, setelah kereta aku dah ok sikit kami terus ke Famosa Cowboy Town.kereta ni cuma tak bleh time2 jammed je.hhuhu..lama gakla tadi dok kat Stesen Minyak sampaikan mat bangla tu cakap suruh aku masuk duduk dalam stesen minyak tu je...sejuk ada kerusi ada aircond katanya.hehhee.

Kat atas ni ialah harga tiket utk tgk Carnival ( iaitu show la ) cuma yg 4D je aku belum pernah masuk bawak anak2.next time jelah masuk uuntu tengok apa yg menarik sebenarnya kat dalam tuh.
Beli tiket dulu....hanya beli yg untuk Carnival je..next time gerenti aku akan ambik tiket untuk 4D plak.mesti ada yg menarik kat dalam tu.

Kami sampai ngam2 9.00 malam..show Carnival yg seterusnya ialah jam 9.30 mlm...fuh..lega rasanya..adala masa untuk aku rest dulu kejap.bergambar kenangan kat pintu masuk Famosa Cowboy Town dulu.

Macam2 gaya nampaknya weh mereka nih.walaupun muka masing2 cam kepenatan je..tapi tahan jelah..coz ni adalah aktiviti terakhir kita untuk malam ni.jap lagi kita akan terus bertolak balik ke KL.

Suasananya memang Cowboy punya bandar la.tapi kat luar ni tak berapa menarik sangatla.masuk je terus bau air kencing kuda.huhuhhuhu..bandar Cowboy la katakan.hhehehhee

Jom cepat2...cepat....show dah nak mula beberapa minit je lagi..nanti kan takde tempat duduk plak.

Memang kebetulan la..kami dahla sampai agak lewat sikit..tempat duduk semuanya penuh..last skali aku suruh mak dan anak2 dok kat area tangga jelah...dan2 nak duduk kat situ ada plak seat kat depan skali ..coz ramai org yg bergerak bebas la plak nak beli itu dan ini..dan inilah kesempatan aku dapatkan tempat duduk...lagipun kat sini tempat duduknya bebas.

Aku rasala..lepas ni kalau nak lebih selesa dan bersih suruhla org jaga tempat nih..yelah org arahkan suruh dok kat ruangan A ke atau B..barulah tersusun..

Nasib baik dapat tempat duduk kat depan ye..dapatla anak2 aku menikmati show ni dengan lebih dekat lagi.

Pembuka tirai ialah diserikan dengan gadis2 ASEAN.uhuhuhu..tapi kat depan skali nih aku rasa cam bukan pompuan je.huhuhuh...

Tak kisahla apa2 pun janji show u all memang membuatkan semua kanak2 gembira dah cukup....aku tak ambik banyak sangat gambar masa dia org tgh buat show..ada yg aku ambik dan ada yg aku tak ambik....bukan apa coz gambar result yg keluar tak berapa cantiklah..so aku letak je yg mana ada dan nampak ok sikit.


Jom layan entry yg lain plak..

0 Comments: