June 28, 2010

ANAK2 KU YG KREATIF...

Anak2 aku memang begitu kreatif nampaknya.Noor Hikmah..Noor Hidayah dan Noor Zaheera semuanya dah semakin besar dan semakin bijak.Lagipun dia org juga nampaknya ada idea masing2...mcm Kad ni..yg dibuat sendiri oleh mereka bertiga.Mereka hanya gunakan kertas A4 yg mcm2 colour ni je..dan mcm2 idea yg dia org ketengahkan.hurmmm gud..gud...walaupun keadaan umah bersepah kes nak buat kad ni je..tapi setiap hasil dan idea anak2 nih jgn dihalang..lepas dia org buat..bleh la kita berkemas dan aku memang suruh anak2 je yg akan kemaskan semuanya .

Kad di atas ni plak dihasilkan oleh Noor Hikmah a.k.a Kak Ngah..dia nak berikan kad Hari Lahir pada kawan kelasnya.tapi yg bestnya kat muka depan skali tu siap tulis " jangan Pinjam duit saya lagi.." huhuhu..inilah yg dinamakan budak2..betul tak..memang takde masa nak jaga hati kawan ...lurus ...ikhlas dan berhemat gitu.hehhehe.

Kad yg dihasilkannya memang cantik..simple..dan ini adalah idea dan hasil kerja tangan dari Kak Ngah.

Ha ni plak bahagian dalam kad..wah ada kek....hurmmmm cantik..sungguh kreatif anak2 mommy ye.

Hehehhehhe dan kad yg cute miut ni plak..di hasilkan oleh anak kecik mommy iaitu sape lagi kalau bukan Dik Ya.hehhehe..cute cam tuan empunya kad la plak...alahai keciknya tulisan Dik Ya weh.nasib baiklah mommy ni bukan tahap rabun lagi nih.hehhee..Kad ni ditujukan buat Mommy & Papa eksss.

hehhehe dan ini plak hasil kerja tangan Dik Ya utk bahagian dalaman kad ni.Aku tak pasti ni kad utk apa..mungkin utk Birthday kot..coz ada kek..walaupun ada jugak kek yg tak menjadi.Tapi pandai jugak Dik Ya ni melukis.hehhehe...dan kat Love yg besar tu plak..cam ada org lidi yg tengah berlari..org lidi tu mesti papa dok kejar mommy dari belakang..betul tak.huhuhu..adeiii.

Ha....yang ni plak dari ketua anak2 aku lah..sape lagi kalau bukan anak sulongku Noor Hidayah nih.Kad ni memang ditujukan buat Aku a.k.a Mommy dan Papa ye..hurmmm boleh tahan kreatif jugak hasil depan kad nih.Tapi siap ada nama penuh papa lagi tu weh.hehhehhe...memang anak2 aku ingat la..siap dengan Bin skali.


Adeiii kakak nih......punyala besar Love yg dilukiskannya ni..dan siap tulis Jatuh Cinta Lagi.huhuhu....sabor jelah.cam tajuk lagu je nih..mcm mana tahu Mommy jatuh cinta lagi..ye ke Mommy jatuh cinta lagi..kompom ko......hurmmm..pandai2 je dia org ni..

Dan inilah hasil kerja tangan dari anak2 dara aku ...hurmmmm..ada lagi kad2 yg belum siap nampaknya...tak pasti kad apa yg dia org tengah dok buat sekarang nih..bila aku tanya je..dia org cakap RAHSIA..tak bleh bagitau lagi..nanti bila dah siap dia org akan tunjuk kat Mommy..dan nak Mommy letak dalam Diaries mommy katanya.,hurmmmmmm..Adalah tu kad yg istimewa la tu kalau mcm ni...nak RAHSIA2 la plak..

2 Comments:

lily lotus said...

so sweet :)...aduhai tengoklah mommy diakan..hehe..seronok dapat anak2 kreatif camni

DatinDiaries said...

Lily: hehhee tu la..cute je kad2 yg dia org buat nih..