June 21, 2010

17 JUNE 2010..

17 JUNE 1976 -2010 maka genaplah sudah kini umurku 34 tahun.hurmmm takut plak aku tengok angka tu....setiap tahun angka bertukar ganti.menakutkan aku betul la.ada 6 tahun lagi umur aku akan mencapai 40tahun..insya'allah semoga aku dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yg baik..utk aku terus menjaga anak2 aku sehingga ke akhir hayatku.

Tadi aku keluar bersama anak2 pi tengok wayang ..alih2 HB dok asyik call je manjang tanya bila nak balik..pukul brapa nak balik..dan mcm2 lah..adeiii mcmlah dia tak biasa aku keluar dgn anak2.huhuhu..tapi dalam hati aku ada terdetik la..ni mesti ada apa2 kat umah nih..Kira SURPRISE tak berapa nak menjadi lah nih.hihihihihi.

Terima kasih diucapkan diatas kek yg comel ini sempena Hari Lahirku yg ke 34 tahun kini..

Aku celebrate Birthday aku simple2 je bersama dengan HB dan anak2 kat umah...suasana masa ni memang meriah betul la..meriah dengan mulut anak2 kesayangan aku nih..tak sabar2 nak tiup lilin tu ha.

Anak2 dan HB nyanyikan lagi Selamat Hari Jadi utk aku..


" Happy Birthday To 2..
Happy Birthday To 2...
Happy Birthday To Mommy....Happy Birthday To u......"


Lepas je anak2 dan HB nyanyi lagu Birthday utk aku...aku dan anak2 terus tiup lilin tu ha.seronok kemain anak2 aku ni weh.Tak sabar nampaknya dia org nak makan Kek nih.

Apa yg Dik Ya dok kat celah tu..hehehhe..dah la kecik..tu mesti tak sabar nak makan kek la tu.hehhehe..jap2 mummy nak baca Kad Birthday yg papa bagi kat mommy nih jap..Thanxs.

Dik Ya dah buat mulut itik dah pun..tak sabar2 nak makan kek la tu kalau mcm tu...adeii sabar la Dik Ya weh..nanti Mommy nak bukak hadiah jap ni.

Apa la agaknya yg HB aku belikan hadiah utk aku tahun ni ye..tapi aku pegang je aku dah dapat agak apa disebalik bungkusan itu...Tapi sorry ekss tak bleh bagitau apa hadiahnya...RAHSIA...anyway thanxs .

Sebelum nak makan kek..kita bergambar dululah ye..sebagai kenangan di Hari Lahir Mommy utk kali ini.

Potong kek bersama anak2...ada2 je anak2 Mommy nih..tengok tu ..tak nampak tangan Mommy la..kat atas tu semua tangan anak2 nih.hehhehhee..memang best bila anak2 dah besar..dah bleh jadi kawan Mommy nanti.

Aik HB aku pakai 'kain sarong' je ke..hehhehhee..ala tak kisah pun..dok kat umah je kan..bukan ada org lain pun..kami anak beranak je..

Makan jangan tak makan kek yg HB suap tu Ayu..bila lagi nak bina badan.heh heh heh.


Selesailah sudah acara potong kek untuk malam ini.Terima kasih buat HB yg sediakan Kek harijadi ku..dan hadiah serta kad Birthday yg diberikan..

Semoga perkhawinan kali ini diberkati dan dipanjangkan jodoh oleh yg Maha Esa hendaknya..Kita hanya merancang tapi Allah jua yg menentukannya.Terima kasih sekali lagi diatas segalanya.Apa yg penting dan apa yg aku harapkan agar kesetiaan..kejujuran dan KESABARAN senantiasa menjadi milik kita.




0 Comments: