May 19, 2010

FAMILY DAY - PART 4

Yang nampak tuala pink tu bilik mak dan aku punya bilik tu yg nampak tuala biru tuh.hehhehhe...BIRU pilihan ku dulu..kini dan selamanya...

Apa yg menarik dengan gambar nih , walaupun aku gunakan kamera cokia je...ialah tang Pak Cik nih dok buat menyapu daun2 kering yg gugur ke bumi.cantik betul gambar ni bagi aku lah.suasana Resort....pokok2...redup dan Pak Cik yg sapu daun2 yg gugur...cukup menarik skali.

Suasana kat blakang bilik aku la nih.terus je dgn Laut...dah tu plak pokok2 ni memang cantik..redup je mata memandang dan begitu tenang skali.tu yg boleh membuatkan aku terlena sekejap..kawasan Resort ni memang cantik.

Sebelah kanan kami ni bilik kami la...cantikkan pemandangan kat sini..tenang dan sejuk mata memandang .kalau petang2 lagi best...angin bertiup ala2 manja ..boleh buat anda tertidur..dan aku plak sempat jgklah lelapkan mata 1/2 jam sebelum nak balik nih.hehhehe..

HB aku pun tak ketinggalan nak bergambar dgn tiang ni jugak.

Alohla...weh...bakpo napok koho berkembang dgn pesat nih.hehhehe.takpe janji hati happy.sebelum nak balik..aku sempat lagi bergambar dgn tiang ni kejap.hhehhee..aku sukakan suasana yg redup2 mcm ni...hurmmm terasa tenang je...next time aku nak datang lagi lah.

Apa yg Dik Ya tu buat ekssss..pelik betul nampaknya nih.Kakak dan Kak Ngah dok asyik mandi tak hengat apa2 ..Dik Ya plak baru nak ambik mood nak berenang ke apa tu.huhuhu.

Ok dah2 tu sayang...jom naik..jap2 lagi kita dah nak check out....pastu nak pi Terengganu plak..sempat lagi tu anak2 aku mandi kolam pagi2 hari nih weh.

SUDARA BEACH RESORT....next time aku akan pastikan yg aku akan dapat bilik 105 lagiks....hurmmmmm.coz bilik yg aku ambik ni memang tempatnya begitu strategik skali..pintu depan kolam ..pintu blakang plak Laut..hurmmmm

Ruang Lobby yg berkonsep terbuka.cantik..simple dan yg penting kemas..

Sekarang nih Sudara Beach Resort tengah adakan Promotion.cuti sekolah dah nak dekat.bagi yg ada perancangan nak cuti dekat2 je..bolehlah pilih Sudara Beach Resort sebagai lokasi percutian anda sekeluarga nanti.tempatnya memang cantik ..bersih dan luas.pantainya memang cantik dan landai..malam2 plak bleh dok tepi pantai dan BBQ..hurmmmm memang seronok..ketenangan ada disini bagi yg nak Release Tension tuh.

Bagi yg nak buat seminar atau Family Day pun memang sesuai kat sini.

Murahkan..dan harga memang berpatutan...kalau ada diantara rakan2 yg nak menyinggah dan merasai sendiri ketenangannya disini anda bolehlah call no yg tertera kat atas tu ha.

Hehhehhee kesian plak kat mak dan anak2 dok menunggu kat Lobby nih..tapi pelik la kenapa tak nak masuk tunggu kat dalam.huhuhuhu.....tapi best jugak santai mcm ni anak beranak.

So aku dah check out..sekarang dok tengah tunggu kakak aku sampai je..dia pi hantar anak nya...petang anaknya kena masuk kerja..tu yg kena pi hantar dulu..sementara dok menunggu dia datang..aku anak beranak lepak lah dulu kat sini.dah habis tempat kami duduk..dan akhirnya kat luarlah kami duduk bersantai plak.hehhehee


Kereta kesayangan aku.dengan kereta ini jugaklah aku dan anak2 pi mana2.untuk jual kereta ni ..oh tidak sama skali tidak mungkin...coz kereta ni memang banyak kenangannya bagi aku.segala kenangan akan aku simpan sebaik yg mungkin.dan aku juga rasa kereta ni jugak sayangkan aku.hehhee..mana tak sayangnya..kereta ni tak pernah buat hal..kecualilah kalau tiba2 je tabung aku dah nak penuh..barulah dia buat hal..nak kena tukar itu dan ini..yelah dah lama aku pakai kereta ni..bila dah lama pakai mestilah mcm2 hal.

Setakat ni alhamdulillah kereta ni banyak memahami aku.dan seperti yg aku katakan tadi..tidak akan aku jual sampai bila2.coz semuanya ada disini..

Dengan ini selesailah sudah segala aktiviti bersama keluarga disamping nak menyambut Hari Ibu jugak....insya'allah next time kita buat lagi ye...dan kali ni aku akan pastikan segala program yg aku buat nanti akan berjalan dengan lancar dan semuanya akan happy.






0 Comments: