May 8, 2010

CAMERON HIGHLAND - PART 4


Lepas je selesai baiki kereta salah sorang rakan tadi...aku terus bergerak ke destinasi asal aku iaitu ke Cameron Highland.hurmmmm...bestnya....dalam kepala aku nih..jagung tak akan aku lupa...dan tak sah kalau tak beli kalau setiap kali aku ke Cameron..


Berhenti tepi jalan jap..kan berhenti tgh2 jalan kena langgar plak kang..bahaya tu..tu pasal la berhenti tepi jalan je.menunggu rakan2 yg lain yg terputus konvoi .dah alang2 dok berhenti kat sini...aku apa lagi ..ngambik gambar jelah kerjanya.anak2 plak semuanya dok tidur.so senanglah sikit kerja aku nih.


Aku mula perasan..kenapala konvoi kami tak ramai mcm tadi.dan bila aku tgk dari arah belakang tu....kereta dari rakan2 Fanclub takde.aku ingatkan kita org terlalu laju..so kami berhentilah kat tepi jalan sementara menunggu rakan2 yg lain sampai...dekat dengan 1/2 jam jgk lah aku dok menunggu..nak call line takde...lagipun org yg uruskan Apartment tu tgh menunggu aku..mcm mana ni...so aku terpaksa gerak dulu coz aku nak kena selesaikan bab bilik dulu.nanti bila sampai kat tempat lokasi tu..aku akan call tanya mana rakan2 yg lain.nak berhubung handy takde rakan2 yg lain.ni yg susah ni..sepatutnya semasa berkonvoi ni handy mesti ada setiap seorang..senang utk bagi info kalau ada handy semasa berkonvoi nih.


Nasib baik aku berhenti kat sini..lampu depan kereta aku terbakar..nasib baik perasan..kalau tak memang bumper depan ni confirm terbakar jugak.pada mula tu aku dan HB perasan gakla bau hangit lalu ikut saluran aircond kereta nih..tapi aku ingatkan bau tu datang dari luar..coz ada hutan terbakar waktu nih..rupa2nya bila kami berhenti ...HB aku turun dan tgk lampu depan sebelah kiri terbakar.hurmmmmm....dan alhamdulillah takde apa2 yg serius berlaku.


Ada 3km lagi nak sampai Kg Raja.hurmmm tak sabar rasanya ni nak cepat2 sampai.bukannya apa...badan terlalu penat yg amat sangat.penat mcm mana sekalipun aku ni..camera memang tak akan aku lepaskan dari tangan ni.....camera teramat penting dan benda yg harus senantiasa bersama aku seperti jugak dengan HP.


Akhirnya....aku baru je sampai kat Kampung Raja.tapi ni pun dah lewat..kalau tak silap aku time ni lebih kurang jam 5.00 petang.tak sabar rasanya nak baring2 atas katil nih.badan penat sangat.malam nanti ada BBQ plak.hurmmmm penat....


Apa2 pun makan tgh hari dulu kat Brinchang ....kat Maybank.tak tahan sangat..lapar yg teramat.sepatutnya sampai Cameron 3 atau 4 jam je..tapi hari ni mau 11 jam baru sampai.huhuhuhu...penat weh.


Aku dah siapkan kunci bilik masing2 di dalam sampul surat yg direka khas dari aku disaat2 akhir.hehhehe..senang buat mcm ni....ada jugak rekod utk aku nanti bila nak collect semua kunci bila check out nanti.


HB aku kena jelaskan tentang isu bilik la plak.dahla suara HB aku takde time nih..kesian plak kat dia.aku bagi dia yg mulakan dulu..pastu baru aku plak yg akan bersuara.


Walaupun agak sukar utk rakan2 yg lain menerima berita ini..tapi apakan daya....dah memang tertulis nak jadi mcm ni..tapi apa yg penting ialah tempat tinggal kami memang ada.lagipun kebetulan dgn 1 May .tu pasal la..dia org main harga kot.sampaikan dah booking elok2..boleh berubah plak.hurmmmm takpe satu pengalaman utk aku lain kali nak tempah bilik mcm mana nak handle.


Hantar rakan2 dari Fanclub ke tempat penginapan.kat sini memang aku tak puas hati...coz sepatutnya aku tak duduk kat sini.aku dah booking kat Apartment Anthurium ( ntah betul ke tak ejaan aku nih..kalau salah sorry ekss ) dah call dan sms lagi kat org yg sepatutnya aku hubungi dan ternyata semuanya ok..segalanya selesai dgn baik cuma tunggu aku sampai ambik kunci je.aku booking kat Apartment tu sebanyak 9 unit je.alih2 bila aku sampai je..org tu bagitau aku Apartment tu dah penuh dan dia tukarkan kat Apartment yg lain.siapa yg tak bengang..dah la duduk plak tu berlainan tempat..bukannya dok skali.lagi la aku bengang.memang waktu ni aku betul2 bengang..tapi apakan daya..hanya mengharapkan org faham keadaan aku je waktu ni.

tu pun kalau ada yg faham..kalau takde yg nak faham..aku nak buat mcm mana..dah bukan salah aku pun.last minute org yg tukang urus tempat tinggal ubah plan..ubah plan tanpa pengetahuan aku..sampai nak bagi kunci tu tadi..barulah aku tahu.


Alhamdulillah perjalanan aku dan rakan2 yg lain selamat....takde perkara yg buruk berlaku sepanjang konvoi aku ni..cuma ada 2 buah kereta yg mengalami kerosakkan semasa konvoi berjalan.

0 Comments: