April 13, 2010

PROJEK NOOR HIDAYAH.

hehehhehe....aku terlalu gembira bila tgk anak2 dah semakin besar dan dah semakin cerdik..dan yg paling aku terharu skali, anak2 aku memahami perasaan aku.walau susah mcm mana pun kita ye sayang ( anak2 mummy ) kita kena selalu bersama.dan jgn ada sikap dendam dalam diri anak2 mummy bila anak2 mummy dah besar nanti ye.







Pagi2 lagi kakak kejutkan aku dan suruh aku cari gambar dia masa dia kecil2 dulu.aduyai..kenapa la semalam takde nak bagitau mummy...dok tgh tidur sedap2 bleh dia kejutkan aku plak.dan dia dgn selambanya bagitau aku..yg dia baru ingat semalam dia tak ingat.dan Dik Ya plak minta gambar family katanya...teacher nak gambar family kita..terkedu kejap aku dgn permintaan Dik Ya ni..mcm mana aku nak cari..dan gambar mana yg aku nak bagi.utk tidak menghampakan Dik Ya aku cari jugak gambar2 yg sepatutnya boleh dikaitkan dgn PERKATAAN FAMILY nih.lepas settle hal Dik Ya aku cari plak gambar utk kakak.kakak nak kena bawak ke sekolah hari ni jugak.cikgunya suruh bawak hari ni jugak.hurmmm nasib baiklah aku simpan gambar anak2 aku masa anak2 kecik lagi..bukan setakat kecik je..malah anak2 dalam kandungan aku lagi..aku dah simpan setiap gambar yg aku scan kat Klinik sebagai kenangan dan juga tatapan utk anak2 nanti.


Kakak masa kecik2 dulu memang badannya Fuhhh kus semangat di buatnya..bila aku bagi je gambar kat kakak...dia tersenyum je..dan cakap huhuhuhu gemuknya kakak masa kakak kecik ye mummy...mesti cikgu suko nih tgk gambar kakak nih.


bila kakak balik dari sekolah ..barulah dia tunjuk apa yg dia buat pada gambarnya pagi tadi.hehhehe..cute jugak ...apa2 pun yg penting janji anak2 mummy gembira dan bahagia.walau mcm mana sekalipun hidup kita..susah atau senang..mummy tetap akan bersama dgn anak2 mummy...bila anak2 mummy dah besar barulah anak2 mummy akan faham erti sebuah kehidupan.

0 Comments: