April 21, 2010

AL - FATIHAH ...

Cover sikit perut tu..huhuhuhu..anak2 aku juga memang baik dengan arwah....dan arwah memang senantiasa tersenyum....ni aku nak pegi rumah arwah bersama HB...anak2 dan mak.












Al-Fatihah buat seseorang yg banyak menolong aku selama ini.Arwah memang seorang yg begitu baik dan sememangnya terlalu banyak berjasa dengan keluarga aku.aku cuma rasa terkilan kerana semasa beliau terlantar sakit aku tak sempat menjenguknya .aku terasa amat terkilan sangat2. tapi apakan daya dah itu yg tertulis, Hari tu arwah telah xsiden bersama dgn isterinya.aku lebih senang panggil arwah dengan pangggilan Ayah Haji.semasa dia xsiden aku dan keluarga sempat menjenguknya di rumah dan rupa2nya itu adalah kali terakhir aku berjumpa dengan nya.Arwah bukan meninggal dunia pasal xsiden tu tapi disebabkan dengan penyakit darah tinggi..jantung dan kecing manis kalau tak silap aku la.


Setiap kali kalau arwah sakit..selalunya aku berada di KL..dan aku sendiri cakap dgn mak..nanti bila balik KB lah kita pi jenguk...dan bila aku balik KB..dia di Hospital..dan aku memang malas nak ke Hospital kerana susah nak cari parking kat Hospital Kota Bharu ni.ruang utk parking tak sampai pun sekangkang kera ...kereta punyalah banyak..tu yg aku ingat nak nak melawatnya di rumah je...bila dia balik rumah ..aku dan keluarga ke KL..inilah yg dikatakan suratan dah tertulis segalanya.semalam mak aku bersuara..ni nak pegi tgk lagi Haji Harun ni..kan ada org call bagitau Haji Harun dah meninggal..ha baru tau...aku bagitau kat mak..oklah lepas ambik anak2 sekolah kita singgah rumah dia..dan hari ni memang mak aku menerima panggilan telefon dan mengatakan yg Haji Harun dah meninggal dunia pagi tadi..innalillah....


Arwah adalah seorang imam di kampung..segala apa saja yg berkaitan dgn hal2 kebajikan dan hal agama di rumah aku..dia lah org yg pertama akan tahu dan org yg pertama aku jemput.dah bertahun lamanya..kalau bulan puasa...maulud nabi...sembahyang hajat dan segalanya..dia lah imam di rumah aku dan juga org yg mengarahkan semua org2 surau ke rumah ku..jasanya memang terlalu banyak..dan segala kenangan bersama arwah memang aku akan ingat sampai bila2.menurut isterinya lagi ...semasa arwah nak menghembuskan nafasnya yg terakhir...beberapa minit sebelum tu arwah sempat melaungkan azan subuh dan sembahyang di tempat tidur..dan pemergiaannya seperti org yg baru saja lena....semoga roh arwah di tempatkan di kalangan org2 yg soleh.... Al -Fatihah...Amin..

0 Comments: