March 15, 2010

DISNEY ON ICE - PART 1

Wow cantiknya, kata anak2 aku.tak sabar rasanya nak tgk show dia org nih. ni aku yg tak sabar ke anak2 aku yg tak sabar ni.

Sebelum show bermula, acara bergambar seperti biasa.

Tak sabar rasanya nak tunggu show ni mula.tapi memang tepat pada masanya lah.hari ni adalah hari terakhir DISNEY ON ICE membuat pertunjukkan di Stadium Putra dan 6.30 petang adalah show yg terakhir utk hari ini.

bergambar lagi, sebelum tu acara makan2 bermula aku anak beranak nampaknya.

Giliran HB aku nak bergambar plak.

Bekas pop corn Disney On Ice yg menarik perhatian aku, harganya adalah RM15 , huhuhuhu Disney punya pasal

Show dah bermula.ianya di mulakan dgn memperkenalkan diri masing2.

Semua watak keluar utk permulaan show

Alahai cutenya rambut dia.dan badan pun cantik

Donald Duck yg anak2 aku minat.bersorak bagai anak2 aku bila tgk Donald Duck ni keluar.

Mickey dan Winnie plak keluar, ianya mendapat tepukan yg amat gemuruh skali daripada penonton.cute betul lah Winnie nih.

Pluto , hehehhhe betul ke. aku ni bukannya hafal sangat setiap watak kartun nih, tapi kalau tanya anak aku pasti anak aku tahu , gerenti punya.tanya kat Dik Ya nanti.









Nampaknya entry kali ni ada sambungannya, kalau aku letak gambar dalam satu entry tak best plak kan, baik aku story mory sikit sebanyak.aku dan anak2 dah masuk kedalam , sejuk je masuk kat dalam , kesian plak kat anak2 kesejukkan. aku plak bleh lupa nak bawak baju tebal utk anak2 dahla pakai skirt anak2 ni kesian plak kat dia org.tapi takpe nanti show dah bermula mesti dia org dah mula panas kot.tapi malam ni badan Kak Ngah plak yg panas, adei risau plak aku nih lepas satu, satu .harap Kak Ngah cepat sembuhlah, ubat demam pun masih ada lagi.malam ni aku lupa plak nak bagi ubat kat Kak Ngah, coz dia masuk tidur awal.Dik Ya plak setakat ni badan dah sejuk , makan banyak plak tu.gembira betul hati aku bila tengok anak dah sihat dan gembira cuma sekarang ni aku bimbangkan Kak Ngah plak.


Show dalam beberapa minit saja lagi nak mula,anak2 dah tanya mcm2 kat aku princess, cenderella dan mcm2 lagi lah ada ke tak kat sini.show ni sama ke kat Disneyland Hong Kong.asyik sebut Disneyland Hong Kong je anak2 aku ni.teringin betul dia org nak ke sana, tapi nak kesana kena memerlukan duit yg banyak sayang weiii, mummy ni manalah mampu nak bawak pi Disneyland, tapi mana tahu kan jikalau ALLAH berikan rezeki utk anak2 bolehlah aku bawa anak2 kesana juga, dan yg pasti anak2 pasti akan gembira.untuk pembuka tirai punya show memang menarik skali, satu demi satu yg keluar cuma yg paling mendapat tepukan yg gemuruh ialah masa Mickey dan Winnie keluar, anak2 aku siap bangun dan tepuk tangan lagi, aku happy sangat malam ni , bila tgk anak2 terhibur hati seorang ibu memang tenang dan gembira.



ps: terima kasih diatas segalanya , yg pasti anak2 gembira dgn show ini.



0 Comments: