February 13, 2010

PROGRAM AMAL..

HB bersama dengan rakan2nya...meriah nampak....ni baru je lepas breakfast kat Resort.

apa yg best sangat , aku pun tak tahu la..hehhehhee...so kami konvoi lain2 kete la...HB dgn keretanya manakala aku dgn kete aku sendirilah dan bawak mak dan anak2.

sebahagian daripada rakan2 yg mengikuti program amal...berkumpul dulu sambil menunggu rakan2 yg lain.

aku dan rakan2 yg lain baru saja sampai di tempat rumah kebajikan org cacat penglihatan dan jugak OKU di Tok Bali.

mereka dah menunggu kedatangan kami...walaupun hari ni mereka sepatutnya cuti tapi di sebabkan kami nak datang, mereka semua sanggup datang untuk bagi sokongan kepada program kami ..

aku di beritahu bahawa di sini terdapat 20 org yg cacat penglihatan dan seramai 60 org dari golongan OKU.

salah seorang penyelia di dalam bengkel OKU.....dia menerangkan kepada kami bagaimana perabut di buat satu persatu.

rajin betul dia org semua ni, walaupun hari cuti tapi mereka sanggup datang dan memberi kerjasama dengan kami.

apa la yg HB aku nak buat ni agaknya...hati2 kan rosak benda alah tu baru tau..huhuhu

aku plak lah nak mencubanya...tapi aku lupa la apa nama benda ni..hehhehehe..tapi memang best dan mudah je....

rajin betul mereka ni ye...walaupun ada kekurangan dalam diri mereka tetapi mereka tak pernah putus asa dan rajin untuk berusaha, bagi aku itu satu kelebihan yg ada pada diri mereka...di mana mereka tak meminta simpati tetapi mereka boleh berdikari sendiri.....semangat mereka betul2 kuat...

buat kerja tu hati2 ye...

dia plak bahagian buat meja.....masing2 ada tugas sendiri

walau mcm mana keadaan mereka skalipun, mereka tetap berusaha dan semangat mereka memang betul2 kuat dan mereka mampu utk berdikari..dan mereka juga memerlukan sokongan daripada kita semua juga.

aku sempat bergambar kenangan di dalam kilang perabot..

di antara pak cik2 yg hadir bagi memeriahkan program amal kami.

mak cik2 dan golongan2 yg kurang bernasib baik juga menyertai program kami....apa yg pasti kami inginkan mereka semua gembira..

mak dan anak2 aku pun turut serta dalam program ini...anak2 aku memang akan bawa kalau program seperti ini...ia secara langsung mendidik anak2 aku supaya belajar erti sebuah kehidupan dan menghargai apa yg ada.

Kak Ngah dah beransur baik..tapi Kak Ngah masih lagi kena banyak pantang...

kaum2 ibu juga tak ketinggalan bergotong royong di dalam kawasan bengkel tersebut.

rajin betul Dik Ya ( baju hijau ) ni ye.....meh sama2 tolong mummy ambik segala sampah yg ada....

Hurmmmmm apa la yg HB aku dok buat tu....rilex nampak..jap lagi kena sambung buat kerja plak ye..

mana la aku nak pegi dgn pak cik ni ye...aku naik motor OKU....nak pegi hantar minuman kat rakan2 di luar sana..nak jalan kaki masak aku dibuatnya...hehhehhee...so aku tumpang motor merekalah..hehhehhee.

rajin betul HB aku ni.....hurmmmmmmmmmm.....hati2 nanti kena cat..

jejaka2 macho dari Kedah...hehhehehhe...cam penat buat kerja je ni.....

lepas je habis gotong royong dan mereka bekerja...maka tibalah masanya utk kami berikan nasi kepada setiap mereka...dan kami hanya layan dia org makan sahaja di sini...














Dalam program bersama dengan rakan2 tempoh hari, aku dan rakan2 yg lain adakan program amal di rumah org cacat penglihatan dan jugak dari golongan2 OKU.anak2 aku juga sertai program ini , ianya tak langsung boleh mendidik anak2 untuk menghargai apa yg di kurniakan dan memupuk dalam diri anak2 dgn nilai yg murni sebagai contoh menghormati org2 yg lebih tua, menolong org2 yg memerlukan dan menghargai apa yg di kurniakan .nampaknya anak2 aku amat prihatin dalam hal seperti ini..dalam program amal ni jugak kami adakan sesi gotong royong...anak2 aku memang tak ketinggalan untuk sama2 menghulurkan bantuan ..ini yg aku inginkan dan yg patut aku ajar anak2...jgn hanya dok di rumah goyang kaki sahaja, tapi kenalah sama2 menolong dan membantu serta ada sikap prihatin dalam diri mereka.


insya'allah kalau di beri peluang dan di murahkan rezeki aku ingin selalu membawa anak2 dalam apa sahaja program yg berkaitan dgn program amal.aku ingin mendidik anak2 aku supaya berdikari dan bersyukur dgn apa yg di berikan atau apa yg dimiliki olehnya.semoga anak2 mummy nanti menjadi seorang anak yg solehah dan ringan tulang ....serta membantu org2 yg memerlukan nanti..insya'allah..

untuk segala berita yg lebih lanjut tentang program ini anda bolehlah klik kat www.myperdana-kelantan.blogspot.com..semuanya ada di sini....lagipun blog tu aku jugak yg buat..cuma ianya untuk kelab Myperdana bagi Negeri Kelantan sahaja...jgn lupa layari blog itu ye...bolehlah jugak tgk segala aktiviti saya bersama rakan2 kelab yg lain..

0 Comments: