January 24, 2010

PERBINCANGAN BERSAMA RAKAN KELAB.

KONVOI AMAL " JOM GIE KELATE "

Barisan2 AJK Program...AJK perlu ada di dalam setiap program..dan diharapkan agar setiap program yg di rancangkan berjalan dgn lancar seperti yg di rancangkan.

Segala aturcara bagi program selama 3 hari di Kelantan...coz aku serta rakan2 dari Kelantan menjemput seluruh warga My@PC seluruh Malaysia datang berkumpul di Kelantan pada 29-30 dan 31hb Jan 2010 nanti..

Acara memang padat tapi ianya lebih kepada santai bersama keluarga..kecuali pada hari kedua..kami sebulat suara ingin mengadakan program amal..iaitu berkunjung kepusat org buta..dan sedikit bantuan akan diberikan..tu aku akan update dalam blog kesayangan aku ni nanti..dan mengharapkan agar segala program ini akan berjalan dgn baik..

Malam ni hanya AJK je yg turun utk meeting...ni kira Final Meeting lah.....semua AJK kena bentangkan apa tugas mereka dan sejauhmana semuanya dah berjalan...

malam tadi kelihatan semuanya agak serius jugaklah..yelah semuanya nak kan program ini berjalan dgn baik..tak blh nak main2 sesuka hati..walaupun ianya berkonsepkan santai..tapi kami memang inginkan program ini berjaya..tambah2 lagi bila kami berada di bengkel org2 buta nanti...

khusyuk betul nampaknya aku tu..apa yg aku baca pun aku tak pasti..hehhehhehe...dan yg pasti segala tugas yg di berikan pada aku , aku akan lakukan sebaik yg mungkin..insya'allah..

Ketua Perhubungan, cam politik plak bunyinya ye...hehhehhehe...yg dok kat tengah2 tu adalah Ketua Perhubungan My@PC KELANTAN....








Setelah di beri kebenaran oleh HB aku, aku keluar meeting semalam bagi membincangkan tentang program MEGA TT KELANTAN iaitu program pembuka tirai tahun 2010. MEGA TT ni adalah bermaksud kami mengumpulkan seluruh ali My@PC ( Malaysia Perdana Kelab ) dari seluruh Malaysia dan berkumpul di Kelantan..di samping itu juga secara tak langsung kami akan adakan Hari Keluarga dan bermacam2 lagi program yg akan kami adakan nanti..


aku mengharapkan agar program ini berjalan dgn lancar seperti yg dah di rancangkan.HB aku juga banyak memberi sokongan dan tunjuk ajar serta banyak juga hasil buah fikirannya di guna pakai bagi merealisasikan agar program ini nampak kemas...tak nak padat sangat coz bila jadual terlalu padat boleh membuatkan org cepat bosan dan malas nak mengikuti setiap program yg di rancangkan.di samping di adakan hari keluarga..pada mereka yg memerlukan kami memang tak akan lupa..dan dalam pada itu kami akan selitkan program amal iaitu kami akan ke bengkel org2 buta atau OKU di Tok Bali nanti...banyak acara yg kami akan lakukan di rumah OKU itu nanti..itu semua akan aku bagitau pada entry yg lain lah.


pada mulanya aku nak buat di Pantai Sri Tujuh..tapi memandangkan tempatnya kurang sesuai dan banyak yg perlu di perbaiki..jadi kami beralih arah ke Sweet Beach Resort Tok Bali...dan insya'llah banyak lagi perkara yg akan cuba aku buat agar segalanya berjalan dgn lancar..dengan ini semangat KERJASAMA itu penting ..




0 Comments: