January 17, 2010

HARI KE ENAM..

hehhe cutenya org sakit nih.....dia bosan asyik dok atas katil je katanya...dan dia ajak aku pusing2 dalam wad ni..memang betul2 kuat semangat anak mummy nih...

wah serius betul anak mummy...gaya cam org politik pun ada jugak ni...hurmmmm..

Peace dari Kak Ngah....huhuhuhu sakit2 pun nak pose jugak...dan aku ni plak tak reti2 ke ..asyik nak ngambik gambar je kerjanya..hehhee

dah puas berjalan ...terus naik atas katil tidur..huhuhuhu penat katanya....kat sebelah anak aku tu budak lelaki tu pun kembar jugak...sama2 kembar dan sama2 mempunyai sakit yg sama..hurmmmm..semoga kedua2nya cepat sembuh ye..














Enam hari sudah Kak Ngah berada di dalam wad.dan 6 hari jugaklah aku bermalam di dalam wad.Kak Ngah masih lagi tak berubah2..kejap demam dan kejap ok..masuk je malam mesti demam.kesian plak aku tgk kat anak aku ni...lengan kiri kanan dah biru2 kena ambik darah..dan dia jugak tak putus2 pesan kat aku.."mummy, doakan adik supaya cepat sembuh ye".ayat ni memang setiap hari dia mesti ucapkan pada aku..sediah bila tgk anak sakit..tapi alhamdulillah pembedahan ini berjaya walaupun agak lama aku menunggu..mcm2 perasaan ada waktu tu..aku cuma mampu bertawakal dan berdoa agar anak aku selamat dan di lindungi daripada perkara2 yg tak diingini.


hari ni Kak Ngah dah nampak cergas sikit..walaupun nampak dia menahan sakit..aku bawak dia jalan2 round dalam wad..semua org senyum tgk kat dia..yelah jalan slow2 je..nurse semua bagitau kat dia..haaa adik dah blh balik nih ...dah blh berjalan nih..dia senyum je bila dengar nurse cakap mcm tu kat dia.di sini secara ikhlas dan jujur aku ingin katakan bahawa semua nurse kat dalam wad 2 selatan ni semuanya baik2 dan peramah..dan tak lupa juga kepada doktor yg merawat anak aku iaitu Dr Mokhzani..orgnya baik dan lucu...memang puashati dgn layanan dia org pada anak aku.setiap kali nak inject anak aku..mesti 4..5..org nurse yg datang kat tempat anak aku ni dok borak2 dgn Kak Ngah...Kak Ngah adalah seorang yg agak pendiam..tapi sejak dia sakit dan masuk wad ni perangainya dah berubah...dah jadi banyak cakap plak..hehhehhe...


aku plak rasa lain mcm je ni..rasa mcm nak demam pun ada jugak ni.sakit pinggang pun ada jugak...aku rasa masa aku sekarang ni memang agak sibuk sangat2 dan amat memenatkan..tapi itu semua aku lakukan adalah tanggungjawab aku sebagai seorang ibu...yg pasti aku sanggup buat apa saja utk anak2 aku...mummy doakan agar Kak Ngah cepat sembuh ye.Amin..

0 Comments: