January 5, 2010

ENTRY SEDIH SIKIT..

Kebetulan aku dan HB lalu ikut jalan kejadian tu..so sempatlah aku rakamkan gambar utk di kongsi bersama..

kaum keluarga dah ramai yg dok menungggu bawah khemah tu ha...aku dan HB baru je balik dari majlis cukur jambul anak kawan aku..lalu ikut jalan ni..so berhentilah nak tgk apa yg berlaku..

Anggota bomba seharian bertungkus lumus mencari mayat..termasuk juga org2 kampung..dulu cousin aku lemas..dan 1 minggu mayatnya tak timbul..last skali bapa saudara aku memanggil seorang ustaz dan laungkan azan ditgh2 sungai...beberapa minit kemudian..mayat tu timbul dan melekat di sampan..itulah kekuasaan yg maha esa..

tepat jam 12.00 tgh malam, aku keluar bersama HB aku..kebetulan aku lalu ikut jalan yg sama ....bila je aku lalu..mayat mangsa baru saja di temui...dan alhamdulillah pencarian dah selesai....dan Al - Fatihah utk Arwah..











Dah lama rasanya aku tak update Diaries kesayangan aku ni..ni dah masuk tahun baru sekarang ni.tapi tak banyak perubahan yg berlaku dalam hidup aku..masih lagi di tahap yg sama dan seperti dulu jugak..cuma di awal tahun ni aku akan sibuk dgn urusan sekolah anak2.


dan entry ni jugak aku nak kongsikan bersama dgn pembaca semua.ianya memang takde kaitan dgn aku pun cuma cerita ini blh di jadikan iktibar buat kita semua.ini adalah kisah pada malam tahun baru.yelah kalau dah nak menyambut tahun baru memang macam2 hal lah yg kita akan dengar dan tgk.kesian kat seorang pemuda tu yg menemui ajal akibat mati lemas.tak tahu apa cerita pada mulanya, yg aku dengar2 dari org sekeliling tu..dia di kejar oleh polis..mungkin dia panik dan takut lalu terus melompat dari motor dan terjun dalam sungai.kata org kat situ lagi..ada org dengar suara mintak tolong 3 kali..pastu terus lenyap..yelah sape yg berani ni terjun sungai jam 1.00 pagi nih...apa2 pun itu dah suratan dan dah tertulis ..ajal maut semuanya di tangan ALLAH..ajal kita pun dah di tulis cuma masa dan bila je kita tak tahu dan sebab kematian kita..kita tak tahu...jadikan ianya sebagai iktibar..wahai penunggang2 motor di luar sana, jgnlah anda asyik tahu nak merempit je..banyak risiko yg blh terjadi nanti...dan sayangilah nyawa ..
dan mayat di temui tepat jam 12.00 tgh malam esokkan hari..


semoga rohnya di cucuri rahmat...Al -Fatihah untuk arwah...


HATI2 SEMASA MEMANDU..

0 Comments: