January 19, 2010

AKU BETUL2 DEMAM TERUK....

Masuk je waktu malam, mcm ni lah keadaan aku sampailah sekarang.......apa2 pun banyakkan berdoa kepada Yang Maha Esa di atas segala ujian darinya...setiap apa yg diberikan kepada kita tentu ada hikmah ( nama anak aku ni hehheh ) di sebaliknya.
















Ini adalah kali ke dua aku betul2 demam teruk..tahun lepas aku demam selama 1 minggu dan di masukkan ke Hospital Ampang Puteri KL, dan kali ni aku di masukkan ke Hospital di rumah aku sendirilah...huhuhuhu...dan kali ni aku demam teruk lagi dan nasib baik aku tak kena masuk wad..kalau aku jugak kena masuk wad.memang huru haralah semuanya kat rumah...siapa yg nak jaga anak2 aku yg ada kat rumah...nak harapkan org gaji yg tolong jaga..memang jgn haraplah.....mak aku plak jaga Kak Ngah...dan HB aku plak mesti nak kena balik ke KL utk kerja..mana blh ambik cuti lama2...ni pun nasib baik HB aku ambik cuti jugak 2 hari..coz aku memang betul2 tak larat nak bangun..apatah lagi nak berjalan..masuk je waktu malam memang HB aku tak blh nak tidur..dan aku ni plak dari kecik sampailah sekarang kalau aku demam je mesti kena ada org kat sebelah aku..


HB aku lah setiap malam sejak dia balik, dia lah yg jaga aku, letakkan kain yg dah dicampurkan dgn ias kat kepala aku, mandikan aku, suapkan makanan kat aku, buatkan air utk aku, urut badan aku dan mcm2 lagilah..tak perlu aku nak huraikan semuanya..tapi kalau takde HB aku ni..tak tahulah mcm mana aku nak buat..setiap pagi dia yg kena hantar dan ambik anak2 sekolah, dan bagi anak2 makan dulu..petangnya plak bawak aku dan anak2 pegi Hospital..mcm tulah rutin aku dan HB 2..3.. hari lepas dan sekarang alhamdulillah syukur anak aku dah beransur baik dan dah keluar dari wad..cuma aku je yg belum baik sepenuhnya lagi..
aku memang akui sejak dulu sampai sekarang aku memang susah nak makan ubat..tapi aku tak blh nak buat mcm dulu lagi dah coz sekarang ni aku punyai banyak tanggungjawab..nak tak nak aku memang kena telan ubat coz HB aku dok mencangkung je depan mata aku utk tgk aku makan ke tak ubat..huhuhu..



Terima kasih buat HB tersayang kerana telah menjaga aku di waktu aku betul2 memerlukan seseorang disisi.dah 2 kali dia menjaga aku masa aku didalam kesakitan...semoga dia terus tabah dan bersabar dgn apa jua dugaan hidup bersama aku......dan hadapi semuanya dgn tenang ...


0 Comments: