December 11, 2009

RUMAH KENA PECAH

terus buat report polis...semoga penjenayah tu dapat di berkas secepat yg mungkin.dan mengharapkan agar pihak polis menjalankan tanggungjawabnya dengan cepat ..












Lepas je terima panggilan telefon daripada jiran aku..sementara menunggu HB aku balik dari kerja..aku dah siap2 semuanya..tunggu HB balik je..dan kami berdua terus bergegas balik ke KB.hati aku betul2 risau dan sakit hati pun ada jugak.dan kenapa la pihak polis tak angkut semua skali penagih2 yg ada kat situ masuk kat pusat..maka kuranglah jenayah kat kawasan tu.rumah aku dah banyak kali penjahat tu cuba nak masuk tapi tak berjaya..tapi kali ni dia org berjaya pecah masuk jugak nampaknya..mungkin org selalu pusing2 kat area rumah aku..kerana mereka tahu sama ada kami ada kat rumah atau tidak.


Sampai je kat KB..aku terus bergegas balik rumah dulu tgk apa2 yg hilang dan barula nak buat report polis..sampai je kat umah jiran aku dah menunggu kat depan rumah.keadaan rumah aku memang tak berselerak..pintu bilik mak aku di pecahnya tombol pintu tu....dan bila aku check takde yg hilang..tapi kalau hilang pun pun aku tak tahu...aku ke dapur..rupa2nya penjenayah tu masuk ikut bumbung rumah dan pecahkan bumbung kat bilik air..dan mereka masuk dalam rumah aku melalui bilik air kat dapur..jiran aku cakap rumah aku mcm banjir..penuh dgn air hujan..kan KB sekarang ni musim hujan..dan nasib baik aku ada jiran yg prihatin ..tolong kemaskan rumah aku dan mop segala air dan kotoran..pintu bilik aku plak di ketuknya tapi di kunci semula..aku masuk je dalam bilik aku..aku dapati 2 tabung anak2 aku dah di kebas..kesian kat anak2 aku..punyalah lama dia org menyimpan duit..balik sekolah terus masukkan duit dalam tabung...kedua tabung tu memang dah penuh .. 2 skaligus penjahat tu rembat dan yg 1 lagi dia tak ambik..bila aku ke meja solek aku dapati laci terbuka..dan aku dapati ada la barang2 aku yg hilang...kurang ajar betul penjenayah tu..takpe...tau lah mereka tu nanti.


apa2 pun aku harap penjenayah tu hidup tak akan aman lah nanti....dan alhamdulillah jugak kerana waktu tu kami semua takde kat rumah..harta boleh di cari tapi nyawa itu lebih penting...lepas selesai kat rumah ..aku dan HB serta jiran aku terus ke Balai Polis utk buat report..mcm2lah aku telah bincangkan dgn polis tu..lebih kurang jam 12.30tgh malam Insp yg bertugas dan anggotanya datang ke rumah aku utk buat siasatan lanjut.


aku harap perkara ni tak akan berulang lagi kat rumah aku..dan semoga ALLAH jauhkan daripada perkara2 yg tak baik berlaku terhadap aku sekeluarga..amin..


2 Comments:

DatinDiaries said...

Yatie: tu la pasal...semoga terima balasanlah tu si penjahat tuh

DatinDiaries said...

Yatie: tu la pasal...semoga terima balasanlah tu si penjahat tuh