January 3, 2009

SELAMAT TAHUN BARU.......



Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca setia Datin Diaries2....



Tahun 2008 adalah tahun yang mana terlalu banyak peristiwa Manis.....Pahit....Kelat...Hempedu..hehheheehe berlaku dalam hidup aku....apa2 pun bagi aku pahit mcm mana pun aku akan tetap tabah dan akan tetap laluinya dgn senyum dan sabar....

semoga apa yg telah berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun 2008 itu di jadikan iktibar utk aku di masa hadapan.....dan jg kenangan manis utk aku...


sepanjang 2008 juga terlalu banyak ujian dr Allah utk aku...dan alhamdulillah berkat kesabaran aku selama ini...aku mendapat hasilnya....walaupun pahit mcm mana sekalipun hidup mesti diteruskan jg..segala2nya akan tetap terpahat dan tersimpan dalam Kenangan aku....dan syukur kepada yg esa kerana aku masih boleh menerukan kehidupan....dan alhamdulillah 2008 juga banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan....


sempena tahun baru ini.....aku ingin lupakan segala hal2 yg lepas...dan secara tak langsung juga aku akui aku juga ada melakukan kesalahan yg aku sedari atau pun tanpa aku sedari...aku ingin memohon maaf di atas segala kesilapan aku yg lalu.....bagi aku setiap manusia pasti tidak akan lepas melakukan sebarang kesilapan..apa2 pun semoga ianya menjadi pengajaran dan sesuatu yg manis buat aku.....tak kira la dalam apa hal sekalipun.....aku pun dah tak nak ingat semua yg telah berlaku dalam hidup aku.......


2008 adalah tahun yg mencabar bagi aku....iaitu tahun yg terlalu banyak dugaannya..hehhehe...biasala kita hidup ni mesti nak kena ada dugaan barula boleh tgk sejauhmana kesabaran yg kita ada.....betul tak.....apa2 pun bagi aku semua yg telah berlaku sama ada pahit atau manis....adalah sesuatu yg indah yg pernah singgah dalam hidup aku...


2008 juga aku telah berkhawin lagi..hehhehe..tak sangka jgk...terlalu cepat jodoh aku...tanpa di rancang dan ianya berlaku sekelip mata...takde perancangan..alih2 nikah la jgk...itulah dikatakan jodoh dr yg maha kuasa....dan kenala terima qada dan qadar...walau mcm mana sekalipun pasangan aku...aku tetap akan terimanya dgn hati yg ikhlas ....dah itu jodoh aku yg allah berikan utk aku...insya'allah aku akan jaga dgn sebaiknya....

dan terima kasih kerana kurniakan aku seorang lelaki atau seorang 'suami' yg terlalu baik dan terlalu menyanyangi aku sepenuh hati...aku pasti akan hargai segala kasih sayang yg di berikannya utk aku....apa2 pun KESABARAN itu adalah penting dalam sebuah kehidupan...







SELAMAT TAHUN BARU UTK SEMUA.....


0 Comments: